Port Makan Kegemaran Ramai, Nikmati Menu Thailand Authentic Di Nana Modern Thai Kuching

1 Mar 2023 • 10:02 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Makanan Thailand authentic dengan twist moden di Kuching.

Port Makan Kegemaran Ramai, Nikmati Menu Thailand Authentic Di Nana Modern Thai Kuching. Lagi port menjamu selera yang menarik di Kuching buat anda, Restoran Nana Modern Thai di Jalan Penrissen Kuching ini menyajikan pelbagai jenis hidangan authentic Thailand.

Popular dikalangan penduduk tempatan, Restoran Nana Modern Thai menyediakan makanan authentic Thailand dengan sedikit twist moden.

image is not available
Port Makan Kegemaran Ramai, Nikmati Menu Thailand Authentic Di Nana Modern Thai Kuching. Sumber Foto: Fb Nana Modern Thai

image is not available
Sumber Foto: Fb Nana Modern Thai

Menu yang anda boleh cuba di sini

Pelbagai menu menarik yang anda boleh cuba di sini antaranya, Tom Yam Goong, Pad Kra Pao, Som Tam, Pad Thai, Green Curry Chicken, Stir Fry Crispy Lotus Root, Yam Salmon, Seafood Mango Salad dan banyak lagi.

Untuk minumannya pula anda boleh cuba Original Milk Tea, Thai Green Tea With Grass Jelly, Original Thai Milk Coffee, Lemongrass Mint, Butterfly Pea Flower Mint Tea, Thai Mango Milk dan banyak lagi.

image is not available
Sumber Foto: Fb Nana Modern Thai

image is not available
Sumber Foto: Fb Nana Modern Thai

Menu dessert yang lazat memikat jiwa

Untuk menu pencuci mulutnya pula anda wajib cuba Khao Niaow Ma Muang (Mango Sticky Rice) dan Tub Tim Grab (Red Rubies Water Chestnut with Coconut Milk and Jackfruit).

Suasana restoran yang selesa, anda boleh menikmati makanan anda dengan tenang di sini. Jadi tunggu apa lagi buat tempahan atau singgah ke Restoran Nana Modern Thai sekarang!

  • Lokasi: Lot 4547 Block 233 KNLD, 6th Mile Jalan Penrissen, 93250 Kuching.
  • Waktu Beroperasi: Buka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam

Lagi port makan best di Kuching untuk anda di sini: