Ada Menu Viral, Nikmati Makanan Menarik Di Coconut Shake Ohhaa Kuching

16 Dec 2023 • 4:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ada pelbagai makanan dan minuman menarik disediakan di sini

Ada Menu Viral, Nikmati Makanan Menarik Di Coconut Shake Ohhaa Kuching. Untuk anda di luar sana yang mencari port makan menarik di Kuching untuk lepak sambil menikmati menu lazat, apa kata anda singgah di Coconut Shake Ohhaa sebelah masjid Bahagian Kuching ini!

Sebelum ini pernah tular kerana menyediakan antara Coconut Shake yang paling best di Kuching, kini Coconut Shake Ohhaa telah berkembang dan ada menyediakan menu makanan pua untuk anda.

image is not available
Ada Menu Viral, Nikmati Makanan Menarik Di Coconut Shake Ohhaa Kuching. Kredit foto: FB Coconut Shake Ohhaa

image is not available
Kredit foto: FB Coconut Shake Ohhaa

image is not available
Kredit foto: FB Coconut Shake Ohhaa

Ada Chocolate Cocktail viral di sini

Di sini, anda boleh mendapatkan menu tular di media sosial baru-baru ini iaitu Chocolate Cocktail yang merupakan buah-buahan segar yang disaluti dengan topping menarik seperti Nuttella, Cadburry, Biscoff, Dark Choco dan juga Cokki-cokki.

Selain daripada menu viral itu, di sini juga ada menyediakan makanan enak yang lain seperti Sup Tulang, Ayam Penyet, Laksa Sarawak, Roti Bakar dan banyak lagi untuk anda cuba.

image is not available
Kredit foto: FB Coconut Shake Ohhaa

image is not available
Kredit foto: FB Coconut Shake Ohhaa

image is not available
Kredit foto: FB Coconut Shake Ohhaa

Pelbagai jenis shake dan smoothie buah-buahan di sini

Selesai makan, pasti anda dahaga kan? Istimewanya di Coconut Shake Ohhaa ini adalah mereka ada menyediakan pelbagai jenis minuman best untuk para pelanggan mereka seperti, Coconut Shake, Durian Shake, Mango Shake, Avocado Chocolate Smoothie, Dragon Shake dan banyak lagi.

Tunggu apa lagi, buat anda di luar sana yang masih lagi mencari port makan best di Kuching, anda perlu singgah di Coconut Shake Ohhaa ini!

Maklumat penting

Lokasi: Terletak di sebelah Masjid Bahagian Kuching

Waktu operasi: Rabu hingga Ahad jam 8 pagi hingga 6 petang

Lagi port makan menarik untuk anda cuba di sini:

https://www.iloveborneo.my/cafe-baharu-di-kuching-crumbs/

https://www.iloveborneo.my/restoran-maguro-japanese-ala-carte-buffet-di-kuching/