‘Ada orang beri makan anjing yang serang kami’

12 Sep 2026 • 8:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Ada orang beri makan anjing yang serang kami’

LANGKAWI – Kehadiran lebih 20 ekor anjing liar yang berkeliaran di sekitar Pantai Chenang, di sini, mencetuskan kebimba­ngan apabila haiwan itu pernah mengejar serta menyerang penduduk dan pelancong.

Kumpulan anjing liar itu mula ‘menguasai’ kawasan pantai seawal pukul 7 pagi setiap hari dengan berkeliaran mencari makanan di sekitar lokasi tumpuan pelancong itu.

Seorang penduduk, Shafiq Zaini, 30, mendakwa, terdapat individu tertentu yang memberi makanan kepada anjing tersebut.

“Biasanya saya terjumpa plastik berisi makanan yang ditinggalkan di beberapa tempat. Tindakan memberi makan itu menyebabkan kehadiran anjing semakin banyak.

“Saya terpaksa membawa lastik apabila berjalan di sekitar Jalan Pantai Chenang kerana pernah diserang anjing liar sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Peniaga makanan, Marializa Mohd. Saleh, 46, berkata, kawasan Park and Ride antara lokasi yang sering menjadi tumpuan anjing liar.

Katanya, ada kalanya sehingga 20 ekor anjing berkumpul di sekitar tong sampah untuk mencari makanan.

“Sampah yang tidak dimasukkan ke dalam tong akan digigit anjing sehingga bersepah,” katanya.

Penduduk, Mastura Saad, 28, pula berkata, anjing liar itu sering mengejar orang ramai.

“Sudah ada beberapa insiden pelancong dikejar dan digigit anjing di kawasan pantai serta kampung berhampiran.

“Tindakan penguatkuasaan juga belum berkesan kerana jumlah anjing liar yang berkeliaran masih banyak walaupun operasi tangkapan dijalankan,” katanya.

Sabtu minggu lalu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun parah diserang anjing liar di Kampung Tambak, Sungai Kelambu, Batu Pahat kira-kira pukul 7 pagi.

Mangsa, Nur Haira Watikah Mohammad Hamizi ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan kepalanya terkoyak dan pipinya berlubang akibat digigit sekumpulan lima ekor anjing.

The post ‘Ada orang beri makan anjing yang serang kami’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved