Ada Pihak Luar Yang Tidak Suka Indonesia Jadi Negara Kuat – Prabowo

WorldPolitics
17 Dec 2025 • 1:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto membangkitkan isu mengenai kewujudan pihak-pihak luar yang didakwanya tidak senang melihat Indonesia muncul sebagai sebuah negara yang kuat.

Perkara itu disampaikan Prabowo dalam satu sidang kabinet pada Isnin lalu (15 Disember) ketika menegaskan tentang keupayaan Indonesia dalam menangani bencana di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.

“Ada segelintir pihak, terutamanya yang mempunyai motif politik, saya terus terang sahaja melihat ada pihak-pihak luar yang dari dulu saya tak faham, tidak suka dengan Indonesia, tidak suka Indonesia kuat,” katanya dipetik Kompas.com.

Indonesia negara kuat dalam aspek pengurusan dan menangani bencana

Tegas beliau, Indonesia merupakan sebuah negara yang kuat terutamanya dalam aspek pengurusan dan menangani bencana di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.

Menurutnya, keupayaan itu terbukti melalui respons pantas kerajaannya dalam usaha mengendalikan bencana serta bantuan kepada mangsa di ketiga-tiga wilayah berkenaan.

“Puluhan ribu (bantuan) sejak awal bencana sudah dikerahkan ke situ. Kita lihat buktinya, saya lihat sekarang ini mungkin ada pihak yang khuatir kerana rakyat baru sekarang lihat pemerintah Indonesia ini ternyata kuat,” ujar Prabowo.

Prabowo akui banyak negara luar ingin hantar bantuan, beliau ucapkan terima kasih

Dalam masa sama, Prabowo turut mendedahkan bahawa beliau ada menerima banyak panggilan daripada ketua-ketua negara yang menyatakan hasrat untuk menghantar bantuan ke Sumatera.

Bagaimanapun, Prabowo memaklumkan bahawa beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka dan menyatakan bahawa Indonesia mampu mengendalikan situasi tersebut secara sendiri.

“Saya dihubungi banyak pimpinan, ketua negara yang ingin hantar bantuan. Saya cakap ‘terima kasih atas keprihatinan anda, kami mampu’. Indonesia mampu mengatasi ini,” ujar Prabowo.

Dalam masa yang sama, Prabowo turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat dan daerah, agensi berkaitan serta para sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam usaha menangani bencana di wilayah Sumatera.

“Terima kasih, saya bersyukur kerana ada saudara-saudara yang telah bekerja keras. Sehingga rakyat berterima kasih kepada saya tapi saya anggap terima kasih itu adalah kepada kita semua,” ujarnya lagi.

Bantuan dari Malaysia ‘tidak seberapa’ – Menteri Dalam Negeri Indonesia

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian mendakwa bantuan yang diperkatakan disumbang oleh kerajaan Malaysia adalah sebaliknya kerana ia datang daripada pihak swasta atas dasar simpati serta hubungan tertentu.

Beliau menegaskan bahawa naratif yang kononnya Malaysia telah menghantar bantuan dalam skala besar dan lebih pantas berbanding kerajaan Indonesia adalah tidak selari dengan fakta di lapangan.

 “Bantuan itu digambarkan seolah-olah sangat besar, sedangkan hakikatnya ia bukan bantuan rasmi kerajaan. Ia disalurkan oleh pihak pengusaha,” kata Tito dipetik Sinar Harian.

Menurutnya lagi, bantuan berkenaan kebanyakannya melibatkan bekalan ubat-ubatan dengan nilai kira-kira RM300,000, jumlah yang dianggap kecil jika dibandingkan dengan skala bencana serta kemampuan kerajaan.

View this post on Instagram

A post shared by MAKASSAR INFO (@makassarinfoku)

Perkara ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pengguna media sosial di Malaysia dan Indonesia.

image is not available
image is not available