
PETALING JAYA – Berkongsi kegembiraan di hari pernikahan ibu, anak-anak kepada penyanyi Bella Astillah iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna meluahkan rasa teruja menerima kehadiran Ahli Palimen Muar, Syed Saddiq sebagai ahli keluarga baharu.
Menurut Ayden, 9, dia amat bahagia kerana kini mempunyai figura seorang bapa dalam keluarganya.
“Saya sangat teruja, nanti akan ada ahli baharu masuk keluarga kami.
“Ada seseorang untuk saya panggil daddy,” katanya dalam sebuah video.
Sementara itu, adiknya iaitu Ara, 6, turut menyuarakan rasa gembira menyambut kehadiran bapa tiri dalam kehidupan mereka.
“Adik sangat gembira, adik ada ayah baharu,” ujarnya.
Hari ini, Bella dan Saddiq selamat diijabkabul dengan sekali lafaz di Menara Merdeka 118.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Ada seseorang untuk saya panggil daddy’ appeared first on Kosmo Online.



