‘Anak-anak gembira, tak sabar’ – Ayden dan Ara teruja tunggu hari bahagia, Syed Saddiq mahu realisasikan majlis impian Bella

5 Oct 2026 • 9:32 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: ‘Anak-anak gembira, tak sabar’ – Ayden dan Ara teruja tunggu hari bahagia, Syed Saddiq mahu realisasikan majlis impian Bella

MENJELANG hari bahagia, bukan bakal pengantin sahaja yang sibuk membuat persiapan.Kongsi Bella Astillah baru-baru ini, anak-anaknya iaitu Ayden dan Ara, juga tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila mengetahui ibu mereka bakal melangsungkan perkahwinan.

Keterujaan Ayden dan Ara itu tentunya menjadi momen manis buat Bella yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk melangkah ke fasa baharu bersama Syed Saddiq.

Menurut anak kelahiran Sabah itu lagi, kedua-dua cahaya matanya itu sering bertanya mengenai majlis yang bakal berlangsung, malah keterujaan mereka turut dirasai rakan-rakan yang sudah mengetahui tentang perkahwinan berkenaan.

“Mereka asyik tanya, bila mommy? Anak-anak pun gembira. Ayden dan Ara memang tiada masalah dan mereka pun tidak sabar.

"Memang sangat lain, mungkin sebab nak buka chapter yang baru. Saya bersyukur sangat. 

"Terima kasih pada semua yang mendoakan dan sudah tentu pada ALLAH SWT sebab memberi peluang sekali lagi untuk saya. Semoga perjalanan (perkahwinan) ini akan diberkati Insya-ALLAH,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq mengakui proses menyiapkan sebuah majlis perkahwinan bukan perkara mudah kerana memerlukan banyak perbincangan, kompromi dan toleransi antara pasangan.

"Saya ini memang betul-betul  bernasib baik, bukan setakat dapat bakal isteri yang baik, kuat bekerja dan rajin bahkan dua anak yang luar biasa," ujarnya.

Pada masa sama, beliau memuji Bella yang banyak memainkan peranan dalam menguruskan pelbagai perincian untuk memastikan majlis yang dirancang menepati impiannya.

Image from: ‘Anak-anak gembira, tak sabar’ – Ayden dan Ara teruja tunggu hari bahagia, Syed Saddiq mahu realisasikan majlis impian Bella

“Dalam persediaan perkahwinan ini, kadang-kadang kalau kita tidak bijak untuk berkompromi dan bertoleransi sambal seimbangkan tanggungjawab hakiki sebagai Ahli Parlimen, memang sangat sukar.

“Full kredit buat bakal isteri saya, Bella yang banyak menguruskan perincian termasuklah bab pakaian dan sebagainya. Jadi, saya juga mahu dia mendapatkan majlis perkahwinan yang diimpikannya sambil itu kita seimbangkan faktor kewangan kerana itu sangat penting,” katanya.

Bagi Syed Saddiq, memberi ruang kepada bakal isterinya untuk menentukan perkara yang dirasakan penting adalah sebahagian daripada proses mereka menyesuaikan diri sebagai pasangan.

Malah, dia sendiri bersedia memberikan sedikit kelonggaran dalam beberapa perkara berkaitan persiapan agar Bella dapat menikmati momen tersebut seperti yang diimpikan.

“Saya beritahu dia, awak boleh dapat majlis perkahwinan impian awak. Cuma berikan saya sedikit kelonggaran dalam proses persediaan hantaran.

"Jadi, kadangkala kalua mungkin terkeluar skrip hantaran biasa itu, saya minta maaf dahulu. Saya banyak lebih luangkan masa impreparation of that. Sebab kini kami saling lengkap-melengkapi,” ujarnya lagi.

Image from: ‘Anak-anak gembira, tak sabar’ – Ayden dan Ara teruja tunggu hari bahagia, Syed Saddiq mahu realisasikan majlis impian Bella

Dalam kesibukan menguruskan pelbagai perkara, kedua-duanya dilihat cuba mencari jalan tengah supaya persiapan tidak menjadi sesuatu yang membebankan.

Bagi Bella, sokongan daripada anak-anak dan insan terdekat pula menjadikan perjalanan menuju hari bahagia itu lebih bermakna.

Malah, apabila Ayden dan Ara sendiri begitu teruja untuk melihat ibu mereka bakal berkahwin, pastinya detik tersebut menjadi satu pengalaman yang akan dikenang bersama.

Di sebalik persiapan pakaian, hantaran dan pelbagai perincian lain, apa yang lebih penting buat pasangan ini adalah bagaimana mereka belajar untuk saling memahami dan bertolak ansur sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved