
PETALING JAYA – Momen anak perempuan pelakon Bella Astillah iaitu Ara Adreanna yang memeluk dan didukung ayah tirinya, Syed Saddiq selepas majlis pernikahan hari ini mengundang sebak ramai.
Rata-rata berpendapat tindakan Syed Saddiq, 34, yang memeluk dan terus mendukung Ara, 6, membuktikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi Ahli Parlimen Muar itu terhadap anak tirinya.
Malah ramai juga berkata Ara dilihat sangat menyanyangi bapa tirinya itu apabila dilihat memeluk erat leher Syed Saddiq.
“Cara Syed Saddiq mendukung Ara, kemudian Ara terus memeluknya erat.
“Jelas sekali betapa seorang anak kecil memerlukan kasih sayang dan perhatian figura ayah.
“Paling gembira bila Ayden dan Ara dapat figura bapa tiri yang baik, bertanggungjawab dan hebat
“Sayang Ara Tempoyot, kamu sangat layak menerima kasih sayang sebegin,” komen seorang netizen.
Dalam masa sama, media sosial hari ini dibanjiri dengan ucapan dan luahan rasa terharu peminat yang bersyukur apabila pasangan fenomena tersebut selamat bernikah.
“Tahniah Bella, awak memang berhak untuk bahagia, ras nak menangis!
“Semoga Allah SWT terus pelihara keluarga kecil ini, Syed Saddiq jaga mereka dengan baik ya!” kata peminat pasangan yang terkenal dengan gelaran BASS itu.
Bukan sahaja pelukan, netizen juga brseloroh bahawa Syed Saddiq bukan seorang bapa tiri sebaliknya ayah yang dinaik taraf.
Dalam sebuah video lain, Ara dan abangnya, Ayden Adrean turut, 9, menzahirkan ucapan tahniah untuk Bella serta Syed Saddiq.
“Selamat pengantin baharu mummy dan daddy,” ucap Ayden dan Ara.
Terdahulu, pasangan yang diberikan jolokan BASS itu selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur hari ini.
Majlis bertemakan Arab dan putih itu dihadiri kira-kira 300 tetamu termasuk ahli keluarga serta teman rapat pasangan itu.
Dalam majlis tersebut, Syed Saddiq memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh Bella.
Antara yang diberi Syed Saddiq ialah sebuah basikal, kerusi urut, emas berbentuk Gunung Kinabalu, pakej umrah dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM100,000.
Beberapa tetamu ternama juga turut hadir iaitu Khairy Jamaluddin, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Ismail Sabri.
Pasangan sama cantik sama padan itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE
The post Syed Saddiq peluk, dukung Ara lepas nikah raih pujian appeared first on Kosmo Online.




