“Ada Tilam, Katil, Meja, Pasu Bunga..” – DS Vida Sedekah Barangan Di Villa Terengganu, Sambutan Luar Biasa Dari Penduduk Setempat

1 Aug 2025 • 6:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan dan selebriti terkenal, Datuk Seri Vida, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil menganjurkan program sedekah barangan rumah di kediamannya yang terletak di Kampung Batu Tumbuh, Jerteh, Terengganu.

Program kebajikan itu berlangsung pada Jumaat lalu dan menyaksikan kehadiran ramai penduduk setempat yang datang seawal jam 3 petang selepas Vida mengumumkan pemberian secara percuma pelbagai barangan keperluan rumah seperti tilam, katil, meja, kerusi dan sebagainya.

image is not available image is not available

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, menjemput orang ramai untuk datang mengambil barangan yang masih elok digunakan, secara terbuka menerusi satu kenyataan di media sosial.

Tanpa sebarang promosi besar-besaran, kehadiran penduduk yang ramai menyebabkan suasana di sekitar kediaman Vida menjadi tumpuan. Pelbagai lapisan masyarakat, termasuk warga emas dan golongan muda, dilihat hadir bagi mengambil barangan mengikut keperluan masing-masing.

Meskipun berlangsung secara santai dan terbuka, suasana program kekal teratur dan harmoni dengan semangat saling bantu-membantu serta rasa hormat terhadap pemberian yang dihulurkan Vida.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-01 14:27:11

"Apa Salah Kami Ayah.." - Ibu Dibawa Lari Gara-Gara Duit KWSP, Luahan Anak Menantu Undang Sebak