Murah rezeki! Vida mahu sedekah barang rumah di Terengganu – “Ambil apa yang sesuai”

1 Aug 2025 • 2:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan popular, Datuk Seri Vida mahu sedekah barangan rumahnya kepada penduduk setempat yang tinggal di kawasan sekitar Besut, Terengganu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata barangan seperti katil, tilam, meja, kerusi dan sofa yang masih elok akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Jelasnya lagi, program agihan itu akan dijalankan secara terbuka pada hari ini bermula jam 3 petang dan orang ramai boleh mengambil sendiri barangan yang diperlukan tanpa sebarang bayaran.

Vida mahu sedekah

@_.eeiqwan

Jemput hadir pada hari Jumaat, 1 Ogos 2025, jam 3:00 petang di Baitul Nurly Jannah, Kampung Batu Tumbuh, Besut, Terengganu. InsyaAllah, Dato’ Seri Vida (DSV) akan turut bersama dalam majlis ini dan akan menyerahkan barang-barang di dalam rumah kepada yang datang . Sesiapa yang ingin berjumpa dengan DSV juga amat dialu-alukan. Semoga majlis ini membawa keberkatan dan kebaikan buat semua yang hadir. #foryourpage #baitulnurlyjannah #dsv #hafizah #30juz

♬ الصوت الأصلي - maherzainfanforever

“Jemput hadir pada hari Jumaat, 1 Ogos 2025, jam 3:00 petang di Baitul Nurly Jannah, Kampung Batu Tumbuh, Besut, Terengganu.

“Insya-Allah, Vida akan menyerahkan barang-barang di dalam rumah kepada yang datang. Sesiapa yang ingin berjumpa dengan DSV juga amat dialu-alukan.

“Semoga majlis ini membawa keberkatan dan kebaikan buat semua yang hadir,” kata pemilik video berkenaan.

Vida mahu sedekah

image is not available

Semoga dimewahkan rezeki Datuk

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Vida serta perlu dijadikan sebagai contoh teladan buat usahawan lain yang berkemampuan agar turut berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, Vida mendedahkan rumah banglo lamanya di Jerteh, Terengganu akan diubah suai menjadi pusat pengajian dan penulisan Al-Quran yang diberi nama Baitul Nurly Jannah, diilhamkan daripada nama arwah Nurly Sahira, mangsa tragedi nahas bas Universiti Pendidikan Sultan Idrsi (UPSI).

Sumber: TikTok @eeiqwan