Ada warga tempatan datang mengaku 'majikan', 'penjaga'

21 Oct 2026 • 6:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ada warga tempatan datang mengaku 'majikan', 'penjaga'
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu JIM bersama MBDK di Meru, Klang pada Rabu. Foto: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Image from: Ada warga tempatan datang mengaku 'majikan', 'penjaga'
Mohmad Khusairi. Foto: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Image from: Ada warga tempatan datang mengaku 'majikan', 'penjaga'
Deretan premis yang diperiksa JIM Selangor bersama MBDK di Meru, Klang pada Rabu. Foto: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

KLANG - Hampir setiap premis perniagaan dipercayai dimiliki serta menggajikan warga asing yang diperiksa di sekitar Meru, di sini akan didatangi warga tempatan konon mendakwa sebagai 'majikan' mahu pun 'penjaga'.

Situasi itu antara yang dikesan ketika Operasi Bersepadu pada jam 11 pagi yang digerakkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada Rabu.

Pelbagai pemeriksaan premis dilaksanakan antara kedai gunting rambut, bengkel kenderaan, kedai runcit, kedai cuci kereta dan kedai telefon bimbit.

Semasa pemeriksaan di salah satu premis, seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai majikan tidak berpuas hati apabila kedainya diperiksa anggota MBDK.

**media[3685266]**

Malah, dengan nada agak tinggi, lelaki yang ditemani isterinya warga tempatan enggan mendedahkan siapa pekerjanya disyaki warga asing dengan memberi pelbagai alasan sebelum didatangi seorang lelaki tempatan yang mengaku merupakan adik kepada isteri lelaki terbabit kononnya penjaga premis.

"Saya tak tahu pekerja hari ini cik. Saya baru pulang dari klinik bawa anak," ujarnya.

Namun, ketika diminta untuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki Bangladesh itu terdiam dan enggan berbuat apa-apa.

Pemeriksaan di sebuah kedai telefon bimbit yang disyaki menggajikan warga asing juga kemudian didatangi wanita tempatan yang mendakwa adalah 'penjaga' premis itu.

Selain itu, di beberapa premis lain juga situasi hampir serupa apabila pekerja asing yang ditahan mendakwa majikan ialah warga tempatan kononnya mahu elak ditahan JIM.

Pemangku Pengarah Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, operasi ini memfokuskan pelbagai premis perniagaan yang disyaki menggajikan dan dikendalikan warga asing.

"Seramai 47 individu diperiksa sepanjang operasi.

"Hasilnya, JIM menahan 37 warga asing berusia 18 hingga 40 tahun antaranya warga Indonesia, Bangladesh, India dan Myanmar atas pelbagai kesalahan seperti tiada dokumen pengenalan diri serta tinggal lebih masa," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi di sini pada Rabu.

Tambahnya, semakan awal mendapati 20 premis adalah berlesen dan 10 tidak berlesen.

**media[3685269]**

Katanya, JIM turut mengeluarkan sembilan saman saksi kepada warga tempatan dipercayai pemilik premis bagi membantu siasatan.

Tegas beliau, majikan diingatkan agar tidak menggajikan warga asing secara tidak sah.

"Lokasi sasaran ini bukan sahaja di Klang, tapi di seluruh Selangor," ujarnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved