“Ada yang dari Thailand, China, AS” – Gelombang Solidariti Untuk Zara Qairina Tersebar Ke Seluruh Dunia

Entertainment
13 Aug 2025 • 11:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemergian tragis pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia, malah kini turut dirasai masyarakat di seluruh dunia.

Baru-baru ini, pelbagai lapisan masyarakat berhimpun dalam satu perhimpunan solidariti buat gadis yang berasal dari Sipitang itu demi menuntut keadilan untuknya.

Perhimpunan itu telah menjadi bualan ramai dari pelusuk dunia termasuk rakyat Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, China, Jepun, Kemboja, Myanmar, Laos, malah United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Kesemuanya turut menggunakan #JusticeforZara sebagai tanda solidariti dan bukti kebersamaan dalam menuntut keadilan buat mangsa.

image is not available

Mengetahui mengenai kes yang menimpa Allahyarham Zara Qairina, ramai turut menggesa kerajaan Malaysia untuk tidak berlengah-lengah dalam membuat siasatan.

image is not available image is not available image is not available

Sementara itu, dalam perkembangan lain, semua masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat pada Khamis (14 Ogos) ini sebagai tanda solidariti dan doa.

Terdahulu, media melaporkan Zara Qairina dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah agama berasrama penuh dalam kejadian 16 Julai lalu.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Kematiannya mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.