“Ada yang panggil saya pelac*r” – Peserta ATNM 2 Buat Laporan Polis Kerana Teruk Dikecam

Entertainment
22 Dec 2022 • 5:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lepas kecoh di media sosial apabila seorang peserta pertandingan realiti nyanyian All Together Now Malaysia 2 (ATNM) dilabel kurang ajar kerana memberi respon terhadap komen salah seorang juri rancangan tersebut dengan nada yang kedengaran agak biadab.

Fieqa atau nama sebenarnya Nur Afiqah yang berusia 16 tahun itu menerima kecaman yang hebat daripada netizen disebabkan responnya itu.

Perkara itu menjadi semakin teruk apabila terdapat beberapa individu yang mengugut gadis tersebut sehinggakan ada yang memintanya untuk terjun dari bangun dan menggelarkannya sebagai pelacur.

“Kecaman netizen sangat teruk sampai melibatkan ibu bapa saya, saya terima segala kritikan dan tak kisah dikecam tetapi ianya terlalu teruk sehingga mengganggu mental saya.

Memang banyak kecaman saya terima di DM, tapi saya tak baca semua, ibu bapa saya yang banyak baca DM netizen,” katanya kepada Gempak.

Disebabkan hentaman yang begitu teruk, Fieqa serta keluarganya memutuskan untuk membuat laporan polis terhadap netizen yang melampaui batas.

Difahamkan, dia dan keluarganya sudah membuat laporan di Balai Polis Bangi, dia turut memberitahu ada netizen yang menggunakan akaun palsu semata-mata untuk memberi kecaman terhadapnya.

Selain itu, Fieqa dan Catriona Ross dikatakan telah berjumpa dan menyelesaikan isu tersebut secara berhadapan.

Nak kritik boleh, tapi janganlah sampai mengugut ok?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.