Ada Yang Persoal Make Up Tebal Susah Nak Solat, Azza Elite Respon - “Saya Akan Cuci Ketika Nak Solat"

24 May 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Azza Elite menjawab pertanyaan netizen yang musykil tentang bagaimana dia menunaikan solat selepas memakai solekan yang tebal.
 

Tanggalkan solekan untuk solat

 


Tidak cepat melatah, Azza menerusi hantaran di aplikasi Threads menjelaskan dia akan menanggalkan solekannya dan memakai kembali selepas selesai menunaikan solat.


 

“Kami make up tetapi waktu solat kami buang, lepas solat kami make up balik.
 
“Tetapi selalunya saya tidak make up tebal macam nak pergi show. Saya hanya make up manja selepas itu guna wipes dan sabun muka bila nak solat,” jelasnya.

 

Sebelum show solat dahulu


Tambah Azza lagi, kebiasaannya dia akan mendirikan solat terlebih dahulu sebelum membuat persembahan.


 


“Kalau saya ada show atau shooting yang memerlukan make up tebal, saya akan cuci ketika nak solat.


 

“Kalau show selepas maghrib saya akan pastikan saya solat maghrib dulu baru make up,” ulasnya.

 


Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen terutamanya wanita bersetuju dengan kenyataan Azza.