Wanita Diarahkan Buang Makeup Lepas Imbasan Imigresen Gagal Kenal Pasti Rupanya

Entertainment
14 May 2025 • 1:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita dari Shanghai, China baru-baru ini tular apabila dia terpaksa menanggalkan solekannya ketika menjalani proses pemeriksaan di imigresen.

Dalam video tersebut dia dilihat terpaksa mengelap solekan sementara ada individu lain yang merakam sambil ketawakan wanita tersebut dan mengatakan lagi banyak solekan, lagi banyak masalah akan timbul.

image is not available

“Lap semuanya sampai awak nampak sebiji macam gambar dalam pasport. Kenapa awak solek sampai macam itu? Awak dah undang masalah,” kata perakam sambil ketawa sementara wanita itu terus menggosok mukanya dengan kuat untuk menanggalkan solekan.

Klip tersebut tular di media sosial dan ramai yang dapat bayangkan betapa ‘seksanya’ bila terpaksa padam makeup yang sudah tebal di wajah. Lagi-lagi bila makeup tu masih baru dipakai.

Dalam video tersebut, wanita itu juga dilihat begitu marah dengan perakam video kerana teguran perakam yang mengatakan solekannya terlalu tebal.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen kurang senang dengan tindakan perakam yang tidak membantu wanita itu malah mengeruhkan lagi keadaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wchinapost (@wchinapost)

“Jangan salahkan makeup tu kalau teknologi yang tak advanced. Rasa tak senang lah bila ada orang gelakkan macam ni.”

“Dia dah tanggalkan dah makeup dia, kenapa awak masih nak membebel dan gelakkan dia, dia nak awak diam.”

image is not available

“Nampak sangat mesin kat negara awak tak bagus, dia tak salah pun.”

image is not available

image is not available

Apapun, harap wanita ini lepas daripada proses tersebut dan sampai ke destinasinya dengan selamat.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.