Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan larangan penggunaan aplikasi Waze melibatkan penjawat awam susulan risiko keselamatan data kerana ia terikat dengan undang-undang kerajaan Israel.
Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggalakkan orang ramai agar mengguna aplikasi navigasi TuJu atau aplikasi lain sebagai alternatif bagi menggantikan Waze.
Pengumuman itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mempersoalkan malah meminta agar beliau menyemak semula keputusan terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: Berkuat-Kuasa Serta Merta, Penjawat Awam Dilarang Guna Aplikasi Navigasi Waze
Waze Rekod Perjalanan Individu, Boleh Track Apa Yang Ada Dalam Bangunan
Terbaharu, pencipta kandungan keselamatan siber yang dikenali sebagai Abang Blur tampil menjelaskan bagaimana Waze boleh memberi ancaman keselamatan kepada negara berdasarkan FAQ rasmi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).
“Ramai nampak Waze cuma aplikasi tunjuk jalan. Tapi dari sudut cybersecurity, data lokasi dan corak perjalanan boleh menjadi maklumat perisikan yang sangat bernilai
“Ke mana kita pergi? Laluan yang selalu kita gunakan? Di mana kita bekerja dan tinggal? Bagaimana pergerakan individu yang bertugas di lokasi strategik?
“Bayangkan apabila jutaan data perjalanan dianalisis menggunakan AI. Corak pergerakan yang nampak biasa boleh menjadi maklumat sensitif,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi video yang dikongsikan olehnya di TikTok @abang.blur, dia memberi contoh dengan melihat pergerakan pengguna berhampiran Istana Kehakiman, Putrajaya.
![Image from: Ada Yang Tanya Bagaimana Waze Boleh Membahayakan Negara? Content Creator Keselamatan Siber Kongsi Penjelasannya [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/waze_istana-kehakiman_1.jpg)
“Betul ke Waze boleh mengancam keselamatan? Terutamanya bila dia beroperasi dan data tu dimiliki sebuah negara itu.
“Jawapannya betul. Depan korang ni aku tunjukkan real data daripada Waze, Istana Kehakiman sebagai contoh,” katanya.
Melalui video tersebut, pengguna berkenaan telah menunjukkan laluan yang mempunyai ramai pengguna Waze berhampiran Istana Kehakiman.
Dedahnya, apabila lokasi itu dizum (zoom) dekat, kawasan di dalam bangunan tersebut tetap boleh dilihat meskipun tiada pengguna yang menggunakan aplikasi terbabit pada ketika itu.
Situasi ini membolehkan aplikasi berkenaan menjejak atau menganalisis ‘laluan tersembunyi’ di dalam bangunan berkenaan.
“Bila kita zoom in Istana Kehakiman negara ini, kita akan nampak, tetap ada trafik, tetapi kurang trafik dia, sama ada ada laluan kenderaan ke ataupun kita tak tahu ada orang jalan kaki bawa waze dekat situ.
“Katakanlah nak melakukan sebarang operasi, benda ini semua akan dilihat termasuklah dekat bawah ini (laluan dalam Istana Kehakiman) korang nampak ada laluan lurus tetapi tak ada jalan, jadi diorang akan buat analisa dulu, betul ke tidak ada laluan tersembunyi,” katanya.
Waze Boleh Check History Pengguna Meskipun Ada Yang Tak Daftar Masuk
Jelasnya lagi, Waze boleh mengetahui lokasi tujuan individu meskipun seseorang itu tidak mendaftar masuk dalam aplikasi berkenaan.
Malah, ia juga boleh menjejaki history atau sejarah lokasi yang telah ditujui oleh pengguna aplikasi itu.
Melalui video itu, individu terbabit telah menunjukkan contoh situasi bedasarkan maklumat yang diambil dari Waze Leaderboard.
“Dalam trafik yang tak banyak itu, boleh ke dia (Waze) tahu siapa yang lalu dekat situ, jawapannya boleh.
“Dia (Waze) boleh tahu siapa yang lalu dekat situ dan boleh check (semak) untuk log history. Ada yang kata dia guna Waze tapi tak pernah log in.
“Tak ada masalah sebab bukan log in itu sahaja yang menentukan identiti kau. Dia boleh match kau punya MAC address ke, kau punya handphone itu kepada aplikasi lain yang kau log in untuk tahu siapa kau,” katanya.
Maklumat Boleh Diguna Pihak Tertentu Untuk Buat Risikan
Menerusi hantaran sama, individu itu mendedahkan aplikasi itu boleh plotkan lokasi yang pernah dilalui serta lokasi terkini yang dijejaki oleh seseorang pengguna.
Malah dakwanya, maklumat sebegini boleh digunakan oleh pihak tertentu untuk membuat risikan.
“Korang boleh tengok, dia dah siap buat plotting individu, dia buat plotting dekat mana active area yang ada dan kau boleh tengok juga, hari ini bila masa dia menggunakan waze itu.
“Jadi kalau kau fikir jauh sikit, kau akan tahu maklumat-maklumat ini sangat berguna kalau nak buat risikan atau serangan.
“Sebab itu, aku menyokong penuh kerajaan punya arahan, penjawat awam jangan pakai Waze,” jelasnya.
Tonton video penuh [DI SINI]
Terdahulu, ramai yang mengkritik tindakan Anwar yang menyarankan agar orang ramai beralih kepada aplikasi TuJu sebagai alternatif menggantikan Waze.
Beliau kemudiannya memohon maaf dan memahami kesulitan yang dihadapi oleh pengguna namun menegaskan tidak akan berkompromi dengan soal keselamatan data.
Malah, beliau mencadangkan agar orang ramai menggunakan aplikasi lain sementara aplikasi navigasi tempatan mempunyai keupayaan yang mencukupi.
TuJu Bukan Dibangun Untuk Jadi Seperti Waze – Pengerusi LLM
Namun Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Datuk Hasni Mohammad dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan tujuan asal pembangunan aplikasi TuJu adalah untuk menambah baik perkhidmatan lebuh raya bertol.
Jelasnya, ia diwujudkan sebagai perkhidmatan tambahan buat pengguna lebuh raya mendapatkan maklumat seperti keadaan trafik terkini, kawasan rehat dan rawat (R&R) lokasi kamera penguatkuasaan serta talian bantuan kecemasan.
“Ia bukan (aplikasi) navigasi macam Waze. Kita hanya buat kerjasama untuk menambah-baik kita punya pusat pengurusan trafik,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.
Pun begitu jelasnya, Anwar telahpun mengarahkan LLM untuk menaik taraf aplikasi TuJu itu.
Baca Artikel Berkaitan: “PM Telah Diberikan Nasihat Yang Salah” – Lim Guan Eng Sifatkan Aplikasi TuJu Memalukan Negara
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecewa Dengan Aplikasi TuJu, LLM Sedang Laksanakan Penambah Baikan






