Larangan Penggunaan Aplikasi Waze Oleh Penjawat Awam – PMX

LocalTechnology
21 Oct 2026 • 2:21 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3/2026 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 Oktober 2026 telah memutuskan larangan penggunaan aplikasi Waze dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai larangan ini.

KERAJAAN ARAH HENTI GUNA APLIKASI NAVIGASI MILIK ISRAEL

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan supaya penggunaan aplikasi navigasi Waze dilarang dalam kalangan seluruh penjawat awam bagi melindungi maklumat Kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Keputusan ini mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

Maklumat sensitif Kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.

Pada masa sama, YAB Perdana Menteri menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya turut berhenti menggunakan aplikasi Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan.

Pendirian Kerajaan MADANI adalah tegas dan kita akan menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan oleh rejim Israel untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat.

PEJABAT PERDANA MENTERI
21 Oktober 2026

Image from: Larangan Penggunaan Aplikasi Waze Oleh Penjawat Awam – PMX

Apa Itu Aplikasi Waze?

Waze ialah merupakan aplikasi navigasi GPS percuma untuk telefon pintar sebagai pemandu arah dan pengguna juga dapat menyumbang dengan melaporkan keadaan trafik seperti penutupan jalan, kemalangan dan sekatan jalan raya.

Aplikasi ini akan membantu pemandu secara digital dengan menggunakan teknologi satelit ketika memandu kenderaan itu mencari destinasi.

Penggunaan aplikasi ini akan menggunakan data lokasi dan maklumat daripada komuniti pengguna untuk memberikan panduan trafik secara masa nyata.

Dengan adanya aplikasi ini, ia memudahkan para pemandu sama ada di bandar-bandar sibuk mahupun jalan kampung yang berliku-liku termasuk di Malaysia.

Oleh kerana itu, aplikasi ini merupakan antara aplikasi navigasi paling popular di Malaysia selain daripada Google Maps.

Ciri-Ciri Aplikasi Navigasi

Aplikasi navigasi sama ada Waze, Google Maps atau sebagainya mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Navigasi laluan masa nyata (ETA)
  • Papar trafik secara langsung
  • Arahan suara
  • Carian kemudahan berdekatan (seperti stesen minyak dan surau)
  • Pemberitahuan kemalangan atau laluan alternatif
Image from: Larangan Penggunaan Aplikasi Waze Oleh Penjawat Awam – PMX

Larangan Penggunaan Aplikasi Waze Oleh Penjawat Awam

Menurut Ketua Setiasaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, larangan penggunaan aplikasi Waze oleh anggota perkhidmatan awam kerana aplikasi ini merupakan aplikasi yang berpangkalan di Israel.

Ini kerana terdapat risiko keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat susulan penggunaan aplikasi Waze yang terikat di bawah undang-undang Kerajaan Israel.

Memetik daripada laporan Malaysiakini, pada 2024 pengguna di seluruh dunia termasuklah Malaysia telah mengalami gangguan teknikal yang menyebabkan bahasa paparan aplikasi itu bertukar kepada bahasa Ibrani yang secara tidak langsung mengaitkan aplikasi tersebut dengan hubungannya terhadap Israel.

Malah, sebelum ini Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil telah menggesa kerajaan mempertimbangkan sekatan terhadap Waze di negara ini selepas meneliti terma penggunaannya yang dikemas kini pada 8 Julai.

Ini kerana terma terkini aplikasi tersebut menyatakan perkhidmatan Waze disediakan oleh Waze Mobile Ltd, syarikat yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel serta beralamat di Tel Aviv.

Walaupun secara rekod Google mengambil alih Waze pada 2013, namun terma penggunaan dan dasar privasi terkini masih menamakan syarikat berpangkalan di Israel itu sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan data pengguna.

Image from: Larangan Penggunaan Aplikasi Waze Oleh Penjawat Awam – PMX
Image from: Larangan Penggunaan Aplikasi Waze Oleh Penjawat Awam – PMX

Aplikasi Alternatif

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan orang ramai untuk menggunakan aplikasi tempatan TuJu, yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai alternatif bagi keperluan navigasi jalan raya.

Apakah yang dimaksudkan dengan aplikasi TuJu ini?

Image from: Larangan Penggunaan Aplikasi Waze Oleh Penjawat Awam – PMX

TuJu merupakan aplikasi navigasi lebuh raya tempatan yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan kerjasama Prosignal Consortium Sdn. Bhd. (PCSB).

Aplikasi ini dicipta sebagai alternatif kepada aplikasi luar seperti Waze dan Google Maps untuk membantu pemandu merancang perjalanan di Malaysia

Antara ciri-ciri menarik aplikasi ini adalah seperti:

  • Data Rasmi LLM: Pengguna akan memperoleh maklumat trafik, kemalangan, dan kerja penyelenggaraan terus daripada pihak berkuasa lebuh raya.
  • Akses CCTV Live: Pengguna boleh menonton keadaan trafik lebuh raya secara langsung menerusi kamera litar tertutup LLM.
  • Maklumat Tol Terperinci: Paparan kos tol semasa juga dipaparkan serta jenis lorong (RFID, Touch ‘n Go, PayWave).
  • Mesra Pengguna Tempatan: Aplikasi ini menyenaraikan lokasi Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), stesen minyak, surau, dan status stesen pengecas kenderaan elektrik (EV).
  • Bantuan Kecemasan & Aduan: Pengguna memperoleh sambungan pantas ke talian SOS konsesi lebuh raya serta fungsi pelaporan kerosakan jalan melalui MyJalan.
Image from: Larangan Penggunaan Aplikasi Waze Oleh Penjawat Awam – PMX

Cara Penggunaan Aplikasi TuJu

Untuk menggunakan aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi ini di pautan berikut:
    – Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=tuju.my&hl=ms
    – Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/tuju/id6463124230
  2. Masukkan nama tempat yang ingin dituju.
  3. Kemudian, pengguna akan dipaparkan peta untuk terus ke laluan destinasi tersebut.
  4. Pengguna akan dipaparkan maklumat ETA, jarak perjalanan, dan laluan perjalanan.
Image from: Larangan Penggunaan Aplikasi Waze Oleh Penjawat Awam – PMX

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan aplikasi Waze?

Waze ialah merupakan aplikasi navigasi GPS percuma untuk telefon pintar sebagai pemandu arah dan pengguna juga dapat menyumbang dengan melaporkan keadaan trafik seperti penutupan jalan, kemalangan dan sekatan jalan raya.

Apakah ciri-ciri aplikasi navigasi ini?

– Navigasi laluan masa nyata (ETA)
– Papar trafik secara langsung
– Arahan suara
– Carian kemudahan berdekatan (seperti stesen minyak dan surau)
– Pemberitahuan kemalangan atau laluan alternatif

Mengapakah penjawat awam dilarang menggunakan aplikasi ini?

Aplikasi ini dilarang digunakan oleh anggota perkhidmatan awam kerana aplikasi ini merupakan aplikasi yang berpangkalan di Israel.

Apakah aplikasi alternatif yang dicadangkan bagi menggantikan aplikasi Waze?

Kerajaan telah mencadangkan aplikasi tempatan TuJu, yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai alternatif bagi keperluan navigasi jalan raya.

Bagaimanakah cara untuk memuat turun aplikasi TuJu?

Muat turun aplikasi ini di pautan:
– Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=tuju.my&hl=ms
– Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/tuju/id6463124230

Sumber:
– https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/10/1679351/kerajaan-arah-penjawat-awam-henti-guna-navigasi-waze-serta-merta?fbclid=IwY2xjawVFJnBleHRuA2FlbQIxMQBwZG9mBXNydGMGYXBwX2lkEDIyMjAzOTE3ODgyMDA4OTIAAR4zMsvvCn03DzSefBfDBY2Y2eaCDj5EzIuFYF4x_uBERr0WAHuRW6uyc3fUTQ_aem_YuPCE9QWBmoyhlU_uiRZyw
– https://www.malaysiakini.com/news/887558-kaitan-israel-kerajaan-larang-penjawat-awam-guna-waze

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved