
Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Bali, Indonesia.
Dalam video yang tular di media sosial, Aisar dilihat mengedarkan keperluan seperti lampin pakai buang, tilam dan pakaian kepada penduduk tempatan.
Suasana tegang dan mengejutkan
Namun, suasana bertukar tegang apabila seorang lelaki tiba-tiba menjerit ke arahnya.
Jeritan itu bukan sahaja mengundang kejutan, malah lelaki tersebut turut menghalau Aisar dan pasukannya dari kawasan berkenaan kerana mendakwa kerja pembersihan sedang dijalankan.
Walaupun situasi memalukan, segelintir penduduk lain dilihat mengelilingi Aisar dan meminta maaf atas sikap biadap individu itu.
Meskipun dimalukan, Aisar tetap tenang dan memilih untuk berundur bersama pasukannya tanpa menimbulkan sebarang kekecohan.
Ketika berkongsi semula rakaman itu di media sosial, Aisar menyifatkan adab adalah lebih penting melebihi ilmu.
Pssttt! Tindakan Aisar jelas menunjukkan sikap matang dan sabar walaupun diperlakukan sedemikian. Kadang-kadang, niat baik tidak selalu diterima dengan baik, tetapi yang penting ialah hati yang ikhlas membantu.
Kredit: Thread Aisar Khaledd
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


