Aisar Khaled Diherdik & Dihalau Ketika Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Bali – “Pergi! Sana Kamu!”

18 Sep 2025 • 10:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh media sosial dari Malaysia, Aisar Khaled dilaporkan telah diherdik segelintir penduduk di Bali, Indonesia ketika menghulurkan bantuan keperluan sepeti lampin pakai buang, tilam dan pakaian kepada mangsa banjir di sana.

Menerusi video yang viral di media sosial, pempengaruh berusia 25 tahun itu dilihat dikerumuni penduduk tempatan yang ingin mendapatkan pakaian daripadanya.

Namun ketika sedang menghulurkan pakaian, suasana bertukar menjadi tegang apabila seorang lelaki tiba-tiba menjerit ke arah Aisar dan pasukannya.

Lelaki berkenaan juga turut menghalau mereka dari kawasan tersebut dan menegaskan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan.

Pergi kamu, jangan masuk di sini. Kamu tak nampak ke orang tengah gotong royong? Pergi, pergi. Sana kamu!

 

View on Threads

 

Tindakannya itu membuatkan penduduk terkejut namun sesetengah individu dilihat mengelilingi Aisar dan meminta maaf dengan sikap biadap lelaki tersebut.

Meskipun suasana tegang dan memalukan, Aisar dilihat tenang menghadapi situasi tersebut dan memilih untuk berundur dengan pasukannya.

Bagaimanapun, Aisar menyifatkan individu itu sebagai seorang yang tidak bersyukur atas bantuan yang dihulurkan kepadanya.

Maaf ya bang, terima kasih.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-30 11:15:58

Aisar Khaled Dikecam 'Non-Stop' Buat Konten Di Pengebumian Pemandu Gojek Dilanggar Trak Polis - "Main Bedal Peluk Bukan Mahram!"

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved