Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru sahaja diumumkan dan pastinya, pelbagai perasaan dapat dilihat di kalangan pelajar. Ada yang menghela nafas lega, ada yang teruja, dan ada juga yang merasakan segala usaha yang telah dicurahkan selama ini akhirnya berbaloi dengan kejayaan yang mereka capai.
Namun, kejayaan ini bukanlah milik seorang pelajar sahaja. Di sebalik setiap pencapaian akademik, ada sokongan, dorongan, dan semangat yang datang daripada ibu bapa, guru-guru, serta kawan-kawan yang memberi kekuatan.
Di TikTok, seorang guru, Sara Lisa, berkongsi satu video yang cukup menyentuh hati. Video tersebut memaparkan Le Qian, seorang pelajar yang baru sahaja menerima keputusan SPM, bergambar bersama makcik dan kakak kantin sekolah. Le Qian yang berjaya memperoleh 9A dalam keputusan SPM, dengan penuh hormat, memilih untuk bergambar bersama antara ‘tulang belakang’ sekolahnya.
Just to inspire people to appreciate and respect each other #theacademy #akademisainspendang #spm2024 * typing error: APPRECIATION
“Ini dikatakan sebagai penghargaan. Saya sendiri tak menyangka tindakan yang dibuat oleh pelajar saya.
“Pelajar ini dapat 9A. Dia ajak makcik kantin bergambar selepas ambil keputusan SPM,” katanya.
Dah terjawab pertanyaan semua? Takmau gaduh2 or racist ya. We are doing good here regardless of what races our students are #spm2024 #theacademy #akademisainspendang
Tindakan Le Qian ini meraih perhatian netizen, yang memuji sikap mulia dan penghargaan yang diberikan kepada orang-orang yang selalu ada untuk pelajar-pelajar di sekolah. Meskipun mereka bukan golongan yang sering kali menjadi tumpuan utama dalam kejayaan akademik pelajar, namun sokongan mereka tetap penting dan memberi kesan yang besar.
Sebelum ini juga, satu gambar tular melibatkan seorang pelajar calon SPM 2024 yang memeluk seorang pengawal keselamatan sekolah selepas menerima keputusan SPM.
The post ‘Adab yang mahal’ – Pelajar raih 9A SPM curi tumpuan, jumpa dan bergambar bersama makcik kantin appeared first on The Reporter.




