Pelanggan Lesap RM5,000 Dakwa Ditipu ‘Ejen Rumah Sewa’,Wanita Tampil Beri Penjelasan

28 Apr 2025 • 1:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Menyewa rumah menjadi pilihan utama untuk mereka yang tidak mempunyai kediaman sendiri.

Bagi mereka yang mencari rumah sewa, ada yang menggunakan ejen hartanah atau beberapa aplikasi yang dipercayai sebelum mula ke langkah seterusnya seperti membuat lawatan dan sebagainya.

Untuk membuat sewaan rumah, setiap penyewa perlu melalui beberapa proses seperti menandatangani perjanjian dan juga memerlukan wang pendahuluan sebagai keselamatan sebelum dibenarkan menduduki rumah terbabit.

Wang pendahuluan yang dikeluarkan juga tidaklah murah kerana ada segelintir tuan rumah mahukan dua hingga tiga bulan wang deposit daripada penyewa.

Ejen tipu penyewa hingga lesap RM5,000

Terbaharu, seorang individu meluahkan rasa kecewanya apabila ditipu sewaktu ingin menyewa rumah.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna X @mhmmdhsm memaparkan pelanggan berkenaan meminta orang ramai yang mengenali seorang wanita yang didakwa ejen rumah sewa untuk memaklumkan kepadanya dan mendakwa telah ditipu individu berkenaan.

Turut tawar sagu hati kepada mereka yang jumpa ejen terbabit

Bukan hanya itu, pelanggan tersebut juga menawarkan sagu hati kepada mana-mana individu yang menjumpai ejen wanita berkenaan.

“Kalau ada apa-apa info tentang wanita ini hubungi saya, kalau boleh jumpa insya-Allah saya bagi sagu hati. Saya kena scam rumah, dah siap kontrak semua, agreement dah tanda tangan rupanya scammer.

“RM5,000 melayang, kalau dapat balik insya-Allah sebahagian tu akan jadi sagu hatI,” jelasnya dalam hantaran berkenaan.

Pelanggan tersebut turut berkongsi foto wajah ejen berkenaan dan memaklumkan rumah yang ingin disewa itu di Razak City Recidence, Salak Selatan, Kuala Lumpur.

Menerusi carian kami, posting berkenaan pada mulanya telah dimuat naik di sebuah grup Facebook pada Ahad (27 April) lalu.

Modus operandi sewakan rumah inap desa kepada pelanggan

Menerusi kapsyen pengguna X berkenaan modus operandi ejen berkenaan adalah menyewakan rumah inap desa kepada pelanggan.

“Modes operandi terbaru jadi ejen sewa rumah tapi sebenarnya adalah sewa rumah airbnb. Bawa pelanggan tengok rumah semua dah tanda tangan persetujuan lepas tu lesap.

“Tolong lah lepas ni berhati-hati kalau cari rumah sewa, taktahu ini mangsa or memang betul-betul. Tuan badan lesap RM5,000,” katanya.

image is not available

Ada juga individu dakwa pernah berdepan ejen sama

Dalam satu lagi hantaran pengguna X itu turut berkongsi tangkap layar komen beberapa lagi individu yang didakwa pernah berdepan dengan ejen sama.

Malah ada yang mengatakan mereka menjumpai iklan sewa rumah dari laman yang dipercayai oleh orang ramai.

Ada juga mengatakan mereka sebelum ini pernah dibawa melawat ke unit rumah yang lengkap dengan perabot serta jelas seperti rumah inap desa.

Ini kerana rumah itu juga turut lengkap dengan towel yang disediakan. Perkara itu membuatkan pelanggan terbabit mengetahui ia adalah unit inap desa yang ditunjukkan ejen berkenaan serta dapat menghidu cubaan wanita tersebut untuk menipu.

image is not available

image is not available

Wanita dipercayai ejen tampil beri penjelasan dakwa jadi mangsa scam

Menerusi semakan kami di posting berkenaan, seorang wanita yang dipercayai ejen terbabit tampil memberi penjelasan bagi pihaknya.

Menurut wanita itu, dia juga adalah mangsa penipuan dan hanya melakukan pekerjaan ejen hartanah secara sambilan sahaja selepas mendapat tawaran dari seorang lelaki.

“Saya yang bawa abang ni, dan pelanggan lain tengok rumah. Saya sendiri tak tahu yang mereka scam (menipu), saya hanya kerja sambilan dengan mereka,” dakwanya.

Menerusi satu lagi komen balas, wanita berkenaan turut mendedahkan dia sudah membuat laporan polis berhubung posting tersebut. Dia turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan dia seorang scammer.

Bersama dengan komen tersebut, wanita itu turut berkongsi salinan laporan polis yang telah dilakukannya.

image is not available

image is not available

Ada yang kongsi tips minta berhati-hati sebelum sewa rumah

Melihat di ruangan balas, ramai yang berkongsi untuk memastikan pembayaran yang dibuat terus ke akaun agensi sebelum membuat sebarang pembayaran.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi tips iaitu hanya berhubung dengan ejen berdaftar.

Sebagai contoh mengambil nombor REN, mempunyai kad perniagaan serta laman untuk membuat semakan ejen.

“Kalau guna ejen, pembayaran pertama akan transfer kepada agensi. Jadi kalau dia suruh transder dekat akaun personal tu berhati-hatilan”

image is not available

“Tak fikir panjang scammer berstatus kasta rendah ni. Kejap je kau boleh lari, ingat scam depan-depan macam ni dengan gambar dan perincian kau semua ada. Mangsa report polis habislah kau”

image is not available

“Tak ada laporan kepada polis ke ni? Hanya bertanya sebab macam banyak pula kes macam ni”

image is not available

“Benda memang betul, aku tak pernah kena dengan perempuan ni tapi dengan orang lain dekat tiga kali dah. Datang tengok rumah hujung-hujung lesap ada yang bagi kunci tapi bila nak masuk kunci tak sama. Hati-hati lah lagi-lagi marketplace Facebook tu memang bersepah scammer.”

image is not available