“Adakah anda berpuas hati?” – Muat Naik Video Sedih, Netizen Spekulasi Rumah Tangga Abang Viva Bergolak?

Entertainment
21 Jun 2023 • 1:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang tak kenal dengan Abang Viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar, sukarelawan yang pernah mendapat perhatian ramai dek kerana sikap baik hatinya membantu mangsa banjir satu ketika dulu.

Namun baru-baru ini, video yang dimuat naik Abang Viva di TikTok telah menarik perhatian ramai apabila dia dilihat meluahkan sesuatu yang terbuku di hati.

“Korang dah berjaya…”

Menerusi video berkenaan, Abang Viva telah mengucapkan terima kasih kepada individu yang dikatakan ‘berjaya’ memporak perandakan rumah tangganya.

image is not available

Namun, video tersebut didapati telah dipadamkan daripada TikTok beberapa jam selepas ia dimuat naik.

Abang Viva juga dalam hantaran yang lain dilihat memuat naik video mengenai detik-detik perkenalannya dengan isteri dan momen bahagia mereka bersama dengan hashtag #misipujukbini.

image is not available

image is not available

“Semoga kekal bahagia hingga syurga”

Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mendoakan semoga hubungan mereka kekal bahagia dan menasihatkan agar Azwan berjaya menyelesaikan masalah antara dia dan isteri.

image is not available

Apa-apapun kita sebagai netizen doakanlah yang baik-baik buat mereka. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.