Selongkar Beg Sekolah Dan Makan Gummy Murid, Cikgu Ini Ceritakan Hal Sebenar

21 Jun 2023 • 12:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang cikgu menerima kecaman ramai selepas memuat naik content selongkar beg sekolah pelajarnya di TikTok.

Lebih mengejutkan apabila cikgu yang mempunyai 1.5 juta pengikut itu dilihat memakan vitamin gummy yang dijumpainya dalam beg.

Terbaru, cikgu dikenali sebagai Shi Qi memohon maaf kepada ibu bapa dan individu yang terguris dengan perkongsian itu.

image is not available

Jelasnya, video itu sebenarnya ditaja dan rakaman dibuat ketika waktu rehat. Dia mengaku meletakkan sendiri gummy di dalam beg dan pura-pura menyelongkar.

Untuk video-video bersama murid sebelum ini, dia memaklumkan ada mendapat keizinan ibu bapa murid untuk merakam. Tetapi tidak untuk video viral selongkar beg itu kerana ianya digunakan hanyalah sebagai props.

Saya terlepas pandang dan memang salah saya, saya sangat menyesal.

Cikgu Shi Qi berkata lagi, dia segera memadam video tersebut selepas 20 minit dimuat naik. Dia sedar perkara itu salah selepas para pengikutnya menegur.

image is not available

Cikgu ini mengaku masih belajar untuk mencipta kandungan di media sosial. Dia sejujurnya bersyukur ada pihak yang sudi menegur dan dia akan lebih berhati-hati selepas ini.

Kredit: TikTok @notqiwiie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.