Adakah Dosa Masih Ditayangkan Di Padang Mahsyar Walau Sudah Bertaubat? Ini Penjelasannya [Video]

25 Jul 2025 • 3:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap yang bergelar umat Islam kita sememangnya dituntut untuk beribadah kepada Allah SWT dan meninggalkan segala larangannya yang boleh membawa kepada dosa.

Sebagai manusia biasa pastinya kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa namun Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat untuk hambaNya kembali dan menginsafi setiap perkara yang sudah dilakukan.

Tidak kira seberat mahupun sebesar mana dosa yang dilakukan, Allah SWT pasti akan mengampunkan dosa hamba yang benar-benar menyesal atas perbuatan mereka dan berusaha untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Malah ramai mesti mengetahui bahawa setiap perkara yang dilakukan di dunia ini akan dipertontonkan semula di saat kita semua dibangkitkan semula di padang mahsyar.

Adakah dosa masih ditayangkan di Padang Mahsyar jika sudah bertaubat?

Seorang individu telah bertanya kepada pendakwah bebas, Ustaz Adnin adakah dosa masih ditunjukkan di padang mahsyar jika seseorang itu sedah bertaubat?

Jelas Ustaz Adnin dalam satu video di Instagram, bagi orang yang sudah bertaubat Allah SWT tidak akan menunjukkan dosa yang sudah dilakukan secara terang-terangan di padang mahsyar.

“Ibnu Qayyim berkata ‘Allah SWT menjadikan orang yang bertaubat seumpama orang yang tidak pernah melakukan dosa. Sesiapa yang bertemu Allah dalam keadaan benar-benar bertaubat maka Allah tidak akan menghukumnya’.

“Subhanallah, sahabat sekalian bayangkan dekat padang mahsyar nanti dosa akan ditayang, aib kita akan dibuka kecuali orang-orang yang bertaubat.

“Yang mana di saat orang lain dosanya sedang ditayang tapi orang yang bertaubat Allah akan panggil secara ‘personal’ (sendiri) dan apa yang Allah akan kata pada orang tersebut?

“Nabi SAW bersabda, Allah yang Maha Suci dan Maha Tinggi mendekati hambaNya yang beriman lalu berkata ‘HambaKu datanglah dekat kepadaKu. Adakah kau masih ingat dosamu seperti ini? Masihkah kau ingat dosamu seperti ini? Masihkah kau ingat dosa mu seperti ini?’ Sehingga hamba tersebut menyangka bahawa dia akan binasa disebabkan dosa-dosa yang dilakukan di dunia. Tetapi Allah SWT berkata ‘Aku telah menutupi dosamu di dunia dan inilah Aku yang akan mengampuni dosa-dosamu pada hari ini’ (hadis riwayat Bukhari),” jelas Ustaz Adnin.

Allah SWT cinta orang yang bertaubat dan akan menjaga aibnya

Tambah Ustaz Adnin, Allah SWT Maha Baik kerana di saat hamba yang lain dibuka aibnya (pendosa) tetapi golongan orang yang bertaubat mendapat layanan istimewa daripada Allah SWT.

Bahkan dia mengatakan itulah istimewanya orang yang bertaubat di sisi Allah SWT. Ia kerana Allah SWT mencintai orang yang sering bertaubat kepadaNya.

“Sahabat sekalian kita semua pendosa. Saya pun banyak dosa. Tapi itu bukan alasan untuk kita berterusan dalam dosa. Kalau kita nakkan cinta Allah SWT, belajar-belajarlah untuk taubat kembali kepada Allah SWT,” jelasnya.

Hanya Allah SWT mengetahui dosa orang yang sudah bertaubat

Perkara sama turut dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus, katanya dosa itu akan terpadam sekiranya individu tersebut bertaubat dan ia diterima, lapor Kosmo.

Jelasnya dosa tersebut tak akan ditayangkan ketika hari kiamat dan hanya Allah SWT yang mengetahuinya sampai bila-bila.

Namun sekiranya tidak bertaubat atau taubat tidak diterima dosa itu ada dalam buku (catatan) dan akan dibaca serta ditunjukkan.

“Taubat ada dua, taubat yang diterima dan tak diterima. Jangan fikir bila taubat semua terima. Setiap taubat yang diterima akan dipadam daripada rekodnya,” kata UAI

Source: