‘Adakah libat warga Rohingya?’ – ARC persoal penghantaran pulang tahanan Myanmar

LocalPolitics
30 Sep 2026 • 11:51 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

ASEAN Rohingya Center (ARC) meminta kerajaan menjelaskan sama ada penghantaran pulang warga Myanmar dari Malaysia turut melibatkan individu daripada etnik Rohingya yang mempunyai status pelarian.

Pengarah ARC, Dr Helmi Ibrahim berkata, perkara itu penting bagi memastikan setiap individu yang dihantar pulang telah dikenal pasti statusnya serta melalui penilaian sewajarnya, khususnya mereka yang mungkin berdepan risiko penganiayaan, penahanan atau ancaman keselamatan di Myanmar.

Image from: ‘Adakah libat warga Rohingya?’ – ARC persoal penghantaran pulang tahanan Myanmar

Katanya, kerajaan juga perlu menjelaskan apakah langkah yang diambil bagi menjamin keselamatan dan kebajikan sekiranya terdapat individu keturunan Rohingya dalam kumpulan yang dihantar pulang.

“Persoalan utama yang perlu dijelaskan ialah, adakah penghantaran pulang ini hanya melibatkan warga Myanmar yang telah disahkan status kewarganegaraannya, atau turut melibatkan pelarian daripada etnik Rohingya?
“Sekiranya terdapat individu keturunan Rohingya dalam kumpulan yang dihantar pulang, apakah langkah yang telah diambil kerajaan Malaysia bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terjamin apabila kembali ke Myanmar?,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, ARC turut mahu mengetahui sama ada setiap individu berkenaan dinilai secara kes demi kes sebelum penghantaran pulang dilaksanakan, termasuk bagi mengenal pasti mereka yang mungkin berdepan risiko keselamatan.

ARC juga mempersoalkan sama ada kerajaan Malaysia memperoleh sebarang jaminan keselamatan daripada pihak Myanmar sebelum proses penghantaran pulang dilakukan.

Image from: ‘Adakah libat warga Rohingya?’ – ARC persoal penghantaran pulang tahanan Myanmar

Pada masa sama, Helmi meminta penjelasan sama ada langkah berkenaan menandakan perubahan dasar kerajaan Malaysia untuk menghantar pulang semua pelarian atau migran dari Malaysia ke negara asal mereka.

“Jika benar terdapat perubahan dasar, apakah skop dasar tersebut dan siapakah yang akan terlibat?
“Adakah ia hanya melibatkan warga Myanmar yang telah disahkan sebagai warganegara, atau turut melibatkan pelarian dan individu yang berada di bawah perlindungan Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR),” ujarnya.

Beliau berkata, bagi komuniti Rohingya khususnya, kerajaan perlu menjelaskan bentuk jaminan keselamatan yang akan diberikan sekiranya mereka dihantar pulang ke Myanmar.

ARC turut mempersoalkan sama ada Kedutaan Malaysia di Yangon akan memantau keadaan mereka selepas tiba di Myanmar bagi memastikan mereka tidak dianiaya, ditahan atau dikenakan tindakan yang mengancam keselamatan.

“Isu penghantaran pulang bukan sekadar persoalan imigresen, tetapi turut melibatkan aspek kemanusiaan, keselamatan dan perlindungan individu yang berisiko,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, ARC menggesa kerajaan memberikan penjelasan jelas mengenai siapa yang dihantar pulang, status mereka, dasar yang sedang dilaksanakan, jaminan keselamatan yang diperoleh serta mekanisme pemantauan selepas kepulangan.

Image from: ‘Adakah libat warga Rohingya?’ – ARC persoal penghantaran pulang tahanan Myanmar

Foto: Bernama

Semalam, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memulakan Fasa Pertama Program Penghantaran Pulang Tahanan Warga Myanmar secara sukarela, membabitkan 1,476 individu di Tambatan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Image from: ‘Adakah libat warga Rohingya?’ – ARC persoal penghantaran pulang tahanan Myanmar

Foto: Bernama

Image from: ‘Adakah libat warga Rohingya?’ – ARC persoal penghantaran pulang tahanan Myanmar

Foto: Bernama

Sumber: Facebook Helmi Asean Rohingya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved