Adam Rakib 'tidurkan' petarung Maghribi

6 Feb 2026 • 10:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Adam Rakib

ATLET Muay Thai negara, Adam Rakib mempamerkan aksi memukau apabila berjaya menumbangkan petarung dari Maghribi, Walid Snoussi dalam saingan ONE Friday Fights 141 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Jumaat.

Dalam pertembungan kategori Strawweight Muay Thai itu, Adam tampil dengan corak serangan agresif.

Ketangkasan Adam terbukti apabila dia berjaya menamatkan perlawanan menerusi keputusan Knockout (KO) pada pusingan kedua.

Kemenangan bergaya itu menyaksikan Adam kini menambah baik rekod peribadinya dengan mencatat tiga kemenangan daripada empat perlawanan yang telah diharunginya setakat ini.

Sebelum ini, dia merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan ketika berdepan petarung Perancis, Nahyan Mohammed dalam kategori Muay Thai.

Nama Adam juga pernah menjadi sebutan peminat sukan tempur apabila dia melakar kejutan menumbangkan bekas juara dunia kickboxing K1 dua kali dari Jepun, Toma Kuroda dalam aksi sulungnya bagi acara kickboxing di pentas berprestij tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved