Johan Ghazali Kuasai Gelanggang, Berjaya Tewaskan Ye Yint Naung

6 Feb 2026 • 11:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint Naung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Jumaat.

Dalam pertarungan kategori flyweight pada aksi ONE Friday Fights 141 itu, Johan atau lebih mesra disapa Jojo menang menerusi keputusan majoriti juri.

Johan Ghazali Kuasai Gelanggang

image is not available

Petarung berusia 19 tahun itu nyata menguasai gelanggang, terutamanya pada pusingan ketiga yang menyaksikan lawannya berada dalam keadaan tertekan.

image is not available

Yint Naung, 21, yang kelihatan keletihan dilihat lebih banyak bertahan dan cuba melarikan diri bagi mengelak asakan bertubi-tubi yang dilancarkan oleh Johan.

Tahun lalu, Jojo berdepan permulaan perlahan apabila tewas kepada Johan Estupinan pada Januari dan lima bulan kemudian dia sekali lagi tewas, kali ini di tangan Diego Paez menerusi keputusan juri pada aksi ONE Fight Night 32, Jun lalu.

image is not available

Bagaimanapun, hasil kerja keras tanpa jemu membolehkan dia kembali menemui rentak kemenangan apabila menumbangkan Zakaria El Jamari pada ONE Fight Night 35, September lalu.

Sumber: IG ONE Championship

The post Johan Ghazali Kuasai Gelanggang, Berjaya Tewaskan Ye Yint Naung appeared first on Borak Daily.