“Add Me” Pada Google Pixel 9 Boleh Tambah Anda Ke Dalam Gambar

TechnologyDigital
29 Jul 2024 • 2:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Disebabkan saya kerja di Amanz dan berpengalaman menggunakan pelbagai jenis telefon dengan kamera hebat, setiap kali bersama dengan keluarga dan rakan saya pasti menjadi orang yang ditugaskan untuk mengambil gambar. Walaupun sudah biasa, kadang-kadang rasa cemburu kerana saya tiada di dalam gambar. Perkara ini akan diselesaikan oleh Google dalam siri Pixel 9 dengan ciri Add Me.

image is not available

Dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan generatif, Add Me boleh menambah diri anda ke dalam gambar berkumpulan yang anda ambil. Dengan ciri ini anda tidak lagi ketinggalan atau dibiarkan bersendirian kerana anda juga boleh berada dalam gambar yang sama walaupun tiada jurugambar yang boleh bantu. Persoalannya dengan ciri sebegini, gambar mana yang benar dan gambar mana yang dijana atau telah diubahsuai?

Ciri ini dilihat menggunakan Magic Editor, di mana besar kemungkinan anda mungkin perlu ambil dua gambar dengan latar belakang berbeza dan diri anda kemudiannya boleh diintegrasikan ke dalam satu gambar dengan janaan kecerdasan buatan generatif.