iOS 18 Mempunyai Ciri Mengembalikan Gambar Dan Video Yang Hilang Atau Rosak

TechnologyDigital
16 Jul 2024 • 9:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berbilion gambar baharu diambil setiap hari dengan ia kemudiannya disimpan di telefon pintar. Tetapi kadang kala berlaku pepijat yang mengakibatkan gambar atau video yang diambil hilang ataupun rosak. Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.

image is not available

Dalam aplikasi Photos yang dikemaskini, terdapat sebuah folder baharu yang diberikan nama “Recovered”. Gambar dan video yang sebelum ini hilang ataupun rosak akan secara automatik dimasukkan ke dalamnya. Ciri ini berbeza dengan folder Recently Deleted yang menyimpan fail dipadam selama 30 hari sebelum dipadam selama-lamanya oleh sistem operasi.

Bagi mereka yang pernah kehilangan memori indah kerana berlaku kerosakan fail, ciri ini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kejadian yang sama berlaku sekali lagi.