
Ada ke yang dah pergi tonton filem “The Marvels”?
Baru-baru ini, satu klip dari filem tersebut yang menampilkan Park Seo-joon sebagai Putera Yan dan Brie Larson sebagai Kapten Marvel, telah tular di TikTok mencecah lebih 700 ribu tontonan kini.
Khususnya dalam adegan itu, kedua mereka dilihat sedang menarik sambil menyanyi, membuatkan ramai terhibur dan mengkritik bahawa filem Marvel kali ini telah lari jauh dari konsep asalnya.
@cvx.sss WuAt in the hwarang is going on here?! #kdrama #parkseojoon #hwarang #themarvels #marvelstudios #spoileralert #kdramafyp ♬ original sound – cvxsss
Selain itu, ada juga yang mendakwa meskipun ini adalah peluang hebat buat Park Seo-joon kerana berjaya debut di pasaran Hollywood namun, lelaki tersebut hanya membawa watak yang kurang memberi impak buat dirinya.
Tambahan pula menurut laporan, “The Marvels” merupakan filem keluaran Marvel Cinematic Universe (MCU) yang memperoleh kutipan terendah dalam sejarah pada minggu pertama, iaitu anggaran sebanyak $47 juta sahaja.
Apa komen korang pula?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Adegan Park Seojoon Dikritik Kelakar, Filem ‘The Marvels’ Catat Kutipan Terendah Dalam Sejarah MCU first appeared on KimchiDaily.my.


