Adib khalid, Izara Aishah dedah wajah anak, pilih nama Tahara Alima untuk puteri ketiga

EntertainmentFamily & Parenting
15 Apr 2026 • 10:28 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pasangan selebriti Izara Aishah dan Adib Khalid berkongsi khabar gembira apabila selamat menimang cahaya mata ketiga mereka pada minggu lalu.

Pilih nama Tahara Alima

image is not available

Screenshot

Menerusi hantaran di Instagram, Adib berkongsi sendiri berita gembira itu, sekali gus memperkenalkan puteri ketiga mereka yang diberi nama Tahara Alima kepada umum.

Dalam perkongsian sama, Adib turut meluahkan rasa syukur atas anugerah tersebut yang disifatkan sebagai satu lagi kebahagiaan dalam kehidupan keluarga mereka.

image is not available

Screenshot

“Menyambut kelahiran cahaya mata perempuan kami, Tahara Alima binti Muhammad Adib. Alhamdulillah, syukur atas kurniaan yang tidak ternilai ini dan satu lagi kebahagiaan dalam keluarga kami,” tulisnya.

Pada masa sama, Adib juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan doa dan ucapan baik buat mereka sekeluarga.

“Saya dan Izara ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diberikan.
“Semoga Allah sentiasa melindunginya, mengurniakan kesihatan yang baik, dan menjadikannya dalam kalangan anak-anak yang solehah. Amin,” tambahnya lagi.
image is not available

Screenshot

Artikel lain: Tokti kongsi berita gembira, Izara Aisyah selamat bersalin anak ketiga – “Bertambah puteri keluarga kami”

Sebelum ini, berita kehamilan Izara dikongsikan pada 1 Februari lalu menerusi satu perkongsian bersama jenama fesyen yang bekerjasama dengannya untuk koleksi Hari Raya.

Untuk rekod, Izara atau nama penuhnya Izara Aishah Hisham, 34, mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017. Pasangan itu turut dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2 tahun.

Sumber: Instagram adib_khalid

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved