

Kasut eksklusif adidas Samba OG x Mercedes-Benz secara rasmi mula menemui peminat di platform dalam talian dan kedai terpilih bermula 13 Oktober ini.
Kolaborasi global edisi terhad ini menggabungkan warisan sukan ikonik adidas dengan sentuhan mewah serta rekaan dalaman kereta Mercedes-Benz S-Class sempena sambutan ulang tahun ke-140 jenama automotif tersebut.
Gandingan Dua Jenama Ikonik GlobalSama ada di jalan raya mahupun dalam dunia gaya hidup, Mercedes-Benz dan adidas telah menemani pengguna selama berdekad-dekad.
Kerjasama strategik ini menyatukan dua pusat kecemerlangan yang komited memacu inovasi serta menawarkan produk berkualiti tinggi yang relevan merentas zaman.

Lahir di padang bola sepak sebelum menjadi ikon gaya global, adidas Samba kini diberi nafas baharu menerusi elemen signature kedua-dua jenama.
Bahagian atas kasut menampilkan jahitan berlian yang mencerminkan rekaan dalaman mewah Mercedes-Benz S-Class. Logo ikonik Mercedes-Benz turut dipamerkan dengan kemas pada bahagian lidah kasut.
Pilihan Warna Eksklusif dan Tarikh PelancaranKoleksi kolaborasi istimewa ini hadir dalam tona warna monokromatik sofistikated iaitu Magic Beige, Grey Five, dan Black.
Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan koleksi terhad ini di platform dalam talian rasmi serta butik terpilih adidas pada 13 Oktober ini.


