George Russell merasa kena ‘jem’ nak ke F1

SportsCars
2 Oct 2026 • 12:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: George Russell merasa kena ‘jem’ nak ke F1

PETALING JAYA – Kemunculan pacuan empat roda berjenama mewah, Mercedes-Benz G-Class (G-Wagon) dipandu oleh pelumba kereta Formula 1 (F1), George Russell di tengah kesesakan menuju Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang menarik perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran Threads, Sy4fnis, dia berkongsi gambar G-Wagon dipandu Russell sambil berseloroh pelumba tersebut berkemungkinan ‘pening’ dengan kesesakan dihadapinya.

“Tengah sedap layan jem (sesak) dalam shuttle (bas ulang-alik), tiba-tiba ada escort (pengiring) kereta Merc. Rupa-rupanya Georde Russell weh, drive (pandu) sendiri. Dia pun pening kepala stuk ‘jem’ (sangkut dalam kesesakan),” katanya pada hantaran hari ini.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk ada yang berkongsi video sempat melambai kepada Russell.

“Hai dia lambai dekat saya,” komen Rawrxxhi.

“Dah kenapa dia sengaja menempuh ‘jem’? Hari Jumaat pula,” kata Huda_mfawzi berseloroh.

“George Russell pun kena hadap ‘jem’ nak pergi kerja,” kata Ohhitsmin.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, seorang lelaki berkongsi bahawa dia terpaksa berdepan kesesakan sejauh 11 kilometer dari rumahnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.

Individu itu dilaporkan berkata, dia mengambil masa sehingga satu jam setengah untuk tiba susulan kesesakan berkenaan dan mendakwa susulan daripada penganjuran F1 di Sepang. – KOSMO! ONLINE

The post George Russell merasa kena ‘jem’ nak ke F1 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved