'Adik baharu nanti ganti abang'

15 Sep 2026 • 7:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Adik baharu nanti ganti abang'
Muhamad Azrin Saidin dan isteri menyiram air di pusara anaknya.
Image from: 'Adik baharu nanti ganti abang'

KULIM - "Adik lelaki yang bakal lahir nanti akan ganti abang."

Demikian luahan kata-kata terakhir Muhammad Zafril Arsyad,12, sebelum pergi buat selama-lamanya akibat lemas. 

Bapanya, Muhamad Azrin Saidin, 35, berkata, kata-kata anak sulungnya itu merujuk kepada adiknya yang bakal lahir November depan.

'Sudah Maghrib adik belum pulang, jumpa hanya jasad'

"Dia kata nanti adik ni ganti abang... Macam tu lah," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Nurul Ehsan Sungai Karangan di sini selepas selesai pengebumian pada Selasa.

Menurutnya, antara kenangan paling diingati ialah semasa ulang tahun anaknya pada Julai lalu adalah apabila arwah hanya mahukan kek dan permintaan itu telah ditunaikan.

**media[3648749]**

Muhammad Zafril Arsyad ialah antara empat kanak-kanak lemas ketika mengambil bola di dalam longkang di Taman Desa Kayangan di sini pada Isnin.

Allahyarham bersama tiga lagi rakan selamat dikebumikan di tanah perkuburan sama dalam satu liang lahad.

Mereka ialah Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12; adik tirinya, Muhammad Arif Naufan Abdullah, 8, dan rakan, Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar, 10.

Sebelum ini, media melaporkan, empat kanak-kanak meninggal dunia dipercayai sedang mengambil bola di dalam longkang.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved