Adik Fahmi Hembus Nafas Terakhir Lepas Ibu Dan Ayah Cakap Reda & Bisik Kalimah Syahadah

Entertainment
21 Feb 2025 • 10:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita sedih mengiringi pagi Jumaat ini apabila kanak-kanak berusia 10 tahun yang dilaporkan kritikal dipercayai kerana tercekik gula-gula gummy telah meninggal dunia malam tadi.

Menurut bapa mangsa, Mohamad Fakhruddin Mohamad Fikri, 35, anaknya menghembuskan nafas terakhir selepas dia dan isterinya memberitahu bahawa mereka reda jika Mohamad Fahmi Hafiz, 10, ingin ‘pergi’.

Tiada lagi anak yang ceria, Fahmi hembus nafas terakhir di sisi ibu dan baba. Kami beritahu reda jika dia hendak pergi, dan dia pergi dengan tenang selepas isteri saya bisik kalimah syahadah di telinganya.

“Saya reda walaupun secepat ini dia ‘pergi’, sekurang-kurangnya dia tidak lagi menanggung kesakitan,” kata Mohamad Fakhruddin.

image is not available

“Dia pergi dalam keadaan cukup tenang”

Bapa mangsa berkata, dia dan isteri, Nuraini Mohamad Isa, 37, kali terakhir melawat anak sulung mereka semalam sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia kira-kira jam 11 malam.

Ada air mata bertakung di matanya, dia pergi dalam keadaan cukup tenang seolah-olah sedang tidur.

“Adik, Nufa Fakhira (4 tahun) dan neneknya juga datang melawat Mohamad Fahmi petang tadi (petang semalam).

“Nufa menangis panggil abangnya dan mengajak mandi kolam bersama,” katanya lagi ketika mengiringi jenazah anaknya ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat.

image is not available

Dalam pada itu, ahli keluarga pasangan itu juga dilihat hadir di pekarangan jabatan berkenaan. Difahamkan, bedah siasat akan dijalankan kira-kira jam 9 pagi ini.

Jenazah Mohamad Fahmi dijangka akan dibawa pulang ke Permatang Binjai, Penaga selepas urusan bedah siasat selesai.

Tangan yang menjaganya sejak kecil akan mandikan dan kafankannya, saya tidak pasti bagaimana akan saya lakukan nanti. Terima kasih kepada semua yang mendoakan anak saya,” kata bapa Mohamad Fahmi.

Al fatihah… Semoga ahli keluarga mangsa kuat dalam menghadapi dugaan ini.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.