Adik Ipar Pakai ‘Veil’ Di Hari Perkahwinan Teruk Dikecam, Pengantin Tampil Bersuara – “Saya Sudah Tahu Lebih Awal, Dia Nampak Cantik”

24 Apr 2025 • 3:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa hari yang lalu, seorang wanita yang merupakan bekas peserta Ceria Popstar 2014 telah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya.

Pakai veil sewaktu hari perkahwinan abang

Bagaimanapun, majlis nikahnya telah menjadi perhatian ramai selepas adik perempuan pengantin lelaki dilihat memakai veil sehinggakan orang ramai menganggap dirinya merupakan pengantin wanita.

Netizen yang melihat video tersebut rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dan merasakan perbuatan tersebut tidak seharusnya dilakukan oleh adik perempuan pengantin lelaki itu.

Kakak ipar tampil bersuara, tiada masalah dengan pakaian adik ipar

Sedar adik ipar teruk dikecam, pengantin wanita itu tampil bersuara dengan memohon orang ramai berhenti mengecam adik iparnya.

Saya okay sahaja dengan apa yang dipakai olehnya, dia nampak cantik masa hari tersebut.

image is not available

Kata wanita bernama Erissa itu lagi, adik iparnya juga sudah meminta izin serta bertanya sama ada boleh atau tidak untuk memakai pakaian sedemikian.

Adik ipar saya pun bersiap di bilik yang sama saya bersiap dan saya sudah tahu lebih awal apa yang dia mahu pakai.

image is not available 1 month ago

"Final Fitting" - Beri 'Hint' Baju Pengantin Di IG, Netizen Tak Sabar Saksi Perkahwinan Dewi Dan Jofliam

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved