Wanita Didakwa Mangsa P*kul Dedah Sikap Pelakon, Dituduh Cari Perhatian Lelaki Bila ‘Upload’ Gambar Di Sosmed

Entertainment
23 Apr 2025 • 10:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Wanita yang mendakwa menjadi mangsa pukul seorang pelakon lelaki terkenal beberapa hari lalu sekali lagi mendedahkan sikap pelakon berkenaan menerusi satu hantaran semalam.

Gadis yang dikenali sebagai Qhaisha ini mendakwa dia telah dituduh cuba menarik perhatian lelaki oleh pelakon tersebut apabila memuat naik gambar di media sosial.

Tambahnya lagi, disebabkan hal tersebut, kerjaya media sosialnya terjejas kerana dia terpaksa berhenti daripada memuat naik gambar selepas dikritik pelakon tersebut sebagai sesuatu yang memalukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Qhaisha (@qhaisha)

Pada dia, bila saya post gambar ia dikatakan ‘menyundal’, ‘menginginkan validasi dari lelaki’ atau ‘mencari perhatian’ dan banyak lagi.

“Dia cakap dia malu nak bawa saya berjumpa dengan keluarganya disebabkan gambar-gambar saya dan media sosial.

“Saya berhenti memuat naik gambar, yang mana memberi kesan kepada kerjaya media sosial saya. Dia cakap, apalah sangat income social media I ni. Cukup cukuplah Ammar Alfian,” tulis Qhaisha.

Dalam hantaran itu, didedahkan screenshot Whatsapp yang memaparkan perbualan pelakon tersebut dengan wanita berkenaan dalam nada kasar.

Pelakon tersebut juga dilihat memanggil mangsa sebagai pelacur dan menghina ibu kepada wanita ini.

image is not available

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan menerima laporan pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa membelasah seorang wanita sehingga cedera di sebuah kondominium di Damansara.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), pada Ahad.

Pelakon lelaki berkenaan, Ammar Alfian juga telah menafikan dakwaan wanita tersebut pada Isnin dan menganggap laporan polis yang dibuat ‘kekasihnya’ itu adalah satu tindakan tergesa-gesa.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.