Adik Neelofa, Athisha Khan Umum Berpisah Dengan Suami, Minta Privasi Dan Elak Spekulasi

LocalEntertainment
6 Nov 2026 • 4:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Adik kepada selebriti Neelofa, Athisha Khan mengumumkan bahawa dia dan Haikal sudah membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing selepas melalui perjalanan hidup bersama.

Perkara itu dikongsikan Athisha menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, dengan latar belakang video pantai berwarna hitam putih.

Advertisement

Dalam kenyataan tersebut, Athisha memaklumkan keputusan berkenaan dibuat bersama dan menegaskan bahawa mereka kini berada dalam keadaan baik.

Athisha Khan Umum Sudah Berpisah Dengan Suami

Athisha berkata, dia dan Haikal telah membuat keputusan untuk berpisah dan meneruskan kehidupan masing-masing.

s

a

ati

sfs

“Haikal dan I have made the decision to go our separate ways, and we’re both okay.”

Menurutnya, apa sahaja yang membawa mereka kepada keputusan tersebut, Haikal tetap merupakan individu yang pernah menjadi sebahagian besar dalam kehidupannya.

Mohon Privasi Dan Ruang

Athisha turut menegaskan bahawa dia tidak akan mengenepikan segala kenangan dan pengalaman yang pernah dikongsi bersama Haikal.

Katanya, dia akan sentiasa menghormati tahun-tahun yang telah mereka lalui bersama dan berharap perkara sama turut diberikan kepada kedua-dua pihak ketika mereka meneruskan kehidupan masing-masing.

View this post on Instagram

“Regardless of what has brought us to this point, Haikal is someone who has been a huge part of my life, and that isn’t something I could ever disregard.”

“I will always have respect for the years we’ve shared and I hope that same respect can be extended to both of us as we find our own ways forward.”

Dalam pada itu, Athisha menjelaskan bahawa perkongsian tersebut dibuat atas kehendaknya sendiri dan bukan kerana merasakan dirinya perlu memberikan penjelasan kepada sesiapa.

Bagaimanapun, dia memilih untuk berkongsi perkara itu bagi mengelakkan sebarang spekulasi, andaian atau tuduhan yang tidak perlu terhadap dirinya mahupun Haikal.

Athisha turut berharap orang ramai dapat menghormati keputusan yang telah dibuat serta memberikan mereka ruang untuk meneruskan kehidupan dan mencari kebahagiaan dengan cara masing-masing.

Setakat kenyataan tersebut, Athisha tidak mendedahkan secara terperinci punca keputusan mereka untuk membawa haluan masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fdd2026-11-06 16:14:27

Tempah Satu Restoran Mewah Di KLCC Semata Sambut Hari Lahir, Dr Fie Kongsi Momen Bersama Suami - "Kosong, Cuma Kami 3 Orang Dalam Tu"

The post Adik Neelofa, Athisha Khan Umum Berpisah Dengan Suami, Minta Privasi Dan Elak Spekulasi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved