"Bawa Haluan Masing-Masing," Athisha Khan Umum Berpisah Dengan Suami

EntertainmentLifestyle
6 Nov 2026 • 10:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Bawa Haluan Masing-Masing," Athisha Khan Umum Berpisah Dengan Suami

Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Athisha Khan mengumumkan bahawa dia dan suaminya, Wan Amirul Haiqal telah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, pempengaruh berusia 28 tahun itu memaklumkan bahawa dia selama ini cuba menjaga privasi beberapa perkara dalam kehidupan peribadinya, namun memahami bahawa dia juga telah banyak berkongsi kisah kehidupannya bersama pengikut selama ini.

Athisha Khan umum berpisah dengan suami

Menurutnya, bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa kehidupan mungkin tidak lagi seperti yang pernah dibayangkan. Bagaimanapun, dia percaya bahawa setiap individu perlu tahu bila tiba masanya untuk melepaskan sesuatu.

Image from: "Bawa Haluan Masing-Masing," Athisha Khan Umum Berpisah Dengan Suami
Kredit: Instagram Athisha Khan

"Saya dan Haiqal telah membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing dan kami berdua berada dalam keadaan baik," tulisnya.

Dalam masa yang sama, Athisha menyifatkan Haiqal sebagai individu yang sangat penting dalam kehidupannya dan tetap menghormati segala kenangan yang telah mereka lalui bersama sepanjang tempoh perkahwinan.

Baca juga:

Dia turut menjelaskan bahawa perkongsian tersebut dibuat atas kerelaannya sendiri tanpa merasakan dirinya perlu memberikan sebarang penjelasan kepada orang ramai, selain berharap agar tiada sebarang spekulasi, andaian atau tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadap mana-mana pihak.

"Walau apa pun keadaan kehidupan kami selepas ini, saya berharap agar kami berdua diberikan privasi, ruang dan kebebasan untuk mencari kebahagiaan dengan cara masing-masing tanpa sesiapa berasa perlu mempersoalkan atau menghakimi keputusan tersebut.

"Akan sentiasa ada perkara yang hanya difahami oleh kami berdua dan saya amat menghargai sekiranya setiap daripada anda dapat menghormati keputusan ini dengan sebaiknya," tulisnya lagi.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved