Adik Neelofa Kongsi Berita Duka, Umum Sudah Berpisah Dengan Suami

Entertainment
6 Nov 2026 • 5:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

athisha khan

Kalau sebelum ini, sudah timbul desas-desus yang mengatakan bahawa adik Neelofa, Athisha Khan dikatakan sedang mengalami masalah rumah tangga.

Nampaknya apa yang diperkatakan itu ternyata benar apabila Athisha menerusi perkongsian di Threads telah mengumumkan bahawa dia dan suami, Haiqal telah membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing setelah sekian lama bersama.

Menerusi perkongsian itu, Athisha berkata, keputusan itu dibuat secara bersama dan mereka kedua-duanya dalam keadaan baik.

 

View on Threads

 

Haikal and I have made the decision to go our separate ways, and we’re both okay,” tulisnya.

Katanya lagi, apa pun perkara yang membawa kepada keputusan itu, Haiqal merupakan sebahagian besar dalam hidupnya dan ia bukanlah sesuatu yang boleh dia ketepikan begitu sahaja.

Saya akan selalu menghormati tahun-tahun yang kami kongsi bersama dan berharap hormat yang sama diberikan kepada kami, sementelah kami mencari haluan masing-masing di masa hadapan.” 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Athisha Khan (@athishakhan)

Pada masa yang sama, Athisha juga berkata, perkongsian berkenaan dibuat atas kehendaknya sendiri dan bukan kerana dia merasakan dia perlu memberikan penjelasan kepada sesiapa.

Dia juga berharap mereka diberikan privasi, ruang dan kebebasan dalam mencari kebahagian dengan cara tersendiri tanpa ada yang mempertikai keputusan tersebut.

Penjelasan tersebut walau bagaimanapun, tidak memberitahu punca di sebalik perpisahannya dengan suami dan netizen di ruang komen memberikan kata-kata semangat buat Athisha untuk terus kuat menghadapi dugaan yang mendatang.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved