Adik Pemain Bola Sepak Hadin Azman Dilaporkan Hilang, Mohon Bantuan Orang Ramai

8 Mar 2025 • 8:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Adik perempuan kepada pemain bola sepak Negeri Sembilan FC, Hadin Azman dilaporkan hilang sejak 26 Februari lalu.
 

Hilang sejak 26 Februari lalu

image is not available


 


Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Hadin menerusi perkongsian hantaran di akaun Instagram miliknya.


 

Berdasarkan hebahan tersebut, adik Hadin iaitu Nur Khalisya kali terakhir dilihat di depan Sekolah Menengah Convent, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

 


Remaja berusia 16 tahun itu dilaporkan memakai kemeja T rumah sukan berwarna biru, seluar trek hitam dan tudung sekolah berwarna putih.


 


Bekas penyerang Harimau Malaya itu juga memaklumkan masih belum menerima perkhabaran tentang adik perempuannya itu. 


 


Orang ramai yang menemui remaja berkenaan boleh menghubungi 014-628 1974 atau membawanya ke balai polis berhampiran.


 


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved