Adik Tetak Abang Tiga Kali Dengan Parang Dalam Kebun Durian

23 Jun 2026 • 5:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki warga emas cedera parah selepas dipercayai ditetak tiga kali oleh adik kandungnya susulan pertengkaran yang berlaku di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam, Ahad lalu.

Tetak abang tiga kali

Image from: Adik Tetak Abang Tiga Kali Dengan Parang Dalam Kebun Durian

Memetik laporan Kosmo, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa berusia 65 tahun dikatakan mengunjungi kebun miliknya sebelum mendapati beberapa barangan di rumah kebun berkenaan rosak.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa kemudian mengesyaki perbuatan tersebut dilakukan oleh adiknya yang berusia 62 tahun dan bertindak menegur lelaki itu.

Menurut beliau, teguran berkenaan mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka sebelum suspek bertindak di luar kawalan.

“Suspek dipercayai mengambil sebilah parang dan menetak mangsa sebanyak tiga kali sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.
“Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang,” katanya hari ini.

Abdul Rozak berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 3.50 petang sebelum segera menjalankan operasi memburu suspek.

“Hasil tindakan pantas polis dengan bantuan Unit Pengesan K-9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, suspek berjaya ditahan pada pukul 6.30 petang hari yang sama di belakang rumah di lokasi kejadian.
“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 22 hingga 28 Jun bagi membantu siasatan lanjut,” terangnya lagi.

Artikel lain: Wanita Didenda RM80,000, Ceroboh Tanah Kerajaan Tanam Durian

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Sumber: Kosmo 

The post Adik Tetak Abang Tiga Kali Dengan Parang Dalam Kebun Durian appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved