Adinda Sultan Selangor Mangkat

26 Jun 2026 • 5:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Adinda Sultan Selangor Mangkat

Adinda Sultan Selangor Mangkat

SHAH ALAM, 26 Jun (Bernama) -- Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau, di Seksyen 12, di sini, hari ini.

Sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara itu berkata, Almarhum Tengku Putri Arafiah, 72, mangkat pada kira-kira 10.15 pagi kerana sakit tua.

“Jenazah Almarhum Tengku Putri Arafiah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk disolatkan selepas solat Jumaat.

“Majlis pemakaman dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5, di sini,” menurut sumber tersebut. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka berangkat bagi menunaikan solat jenazah di masjid berkenaan.

Turut dijangka berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved