HAMPIR setahun berdepan kes pengesahan lafaz rujuk, penyanyi dan usahawan, Adira Suhaimi berharap perkara membabitkannya dengan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu Hasaan atau Datuk Red dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Adira ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Khamis, berharap prosiding berkenaan berjalan dengan lancar dan segera menemui titik noktah.
Advertisement
“Semoga kes ini berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan selesai cepat. Sebab saya rasa sudah hampir setahun kes ini berlarutan. Anak saya yang bongsu pun sudah nak masuk usia lima tahun.”
Dalam prosiding berkenaan, Adira turut membawa abang kandungnya, Nor Azalin sebagai saksi bagi membantu kes pengesahan lafaz rujuk tersebut.
Ibu kepada lima cahaya mata itu hadir ditemani dua peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie dan Nor Saidah Zakaria.

Beberapa minit kemudian, Datuk Red turut hadir di mahkamah bagi mengikuti prosiding berkenaan.
Datuk Red Dakwa Berlaku Lafaz Rujuk Pada Mei 2024
Terdahulu, mahkamah menolak permohonan penarikan balik kes yang difailkan Datuk Red terhadap Adira.
View this post on Instagram
Kes berkenaan difailkan pada 18 Disember lalu selepas Datuk Red mendakwa berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 ketika Adira masih dalam tempoh idah selepas perceraian mereka.
Bagaimanapun, Adira sebelum ini mengakui terkejut dengan tindakan bekas suaminya itu dan mendakwa Datuk Red meminta bayaran RM100,000 sebagai antara syarat untuk menarik balik kes berkenaan.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebelum bercerai pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 5, dan Ayob, 4.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Nama Aku Dah Busuk, Jangan Buat Taik Dekat Muka Aku" - Bekas Ipar Dedah Konflik Keluarga, Shima Anuar Tampil Pertahan Diri
The post Adira Suhaimi Dan Datuk Red ‘Bersemuka’ Di Mahkamah, Pohon Kes Segera Selesai – “Anak Bongsu Pun Dah Masuk 5 Tahun” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






