Usahawan, Datuk Red mengakui kes pengesahan lafaz rujuk membabitkan dirinya dengan bekas isteri, Adira Suhaimi masih belum selesai dan memerlukan satu lagi proses sebelum keputusan dapat dibuat.
Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu Hasaan, 43, berkata, dia hanya mahu mendapatkan kepastian sama ada lafaz rujuk yang berlaku sebelum ini sah atau sebaliknya bagi mengelakkan sebarang isu timbul pada masa akan datang.
Advertisement
“Kes ini masih lambat lagi untuk selesai. Sebenarnya dalam hal ini, saya cuma nak bercakap mengenai urusan permohonan cerai dari pihak saya.”
Menurutnya, dia tidak mahu mengambil mudah perkara berkaitan hukum dan hanya mahu mendapatkan pengesahan daripada mahkamah.
“Islam itu mudah, tetapi saya tak mahu ambil mudah. Saya cuma nak dapatkan pengesahan. Kalau memang benar, tak ada masalah, saya akan uruskan dan selesaikan perkara ini dengan mudah. Kalau tidak benar pun, lagi mudah.”
Datuk Red berkata demikian selepas selesai pihak Adira memberikan keterangan berhubung kes pengesahan lafaz rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Khamis.
Kes Ditangguh Sehingga Oktober
Dalam pada itu, Datuk Red menjelaskan kes berkenaan sebenarnya boleh diselesaikan lebih awal, namun proses menjadi panjang berikutan kewujudan beberapa saksi.
“Saya cuma nak pengesahan rujuk. Sebenarnya perkara ini sudah boleh selesai lebih awal, tetapi disebabkan ada macam-macam saksi dan sebagainya, kes ini jadi meleret dan panjang. Jadi, tak apalah. Kita tunggu keputusan.”
Beliau turut menjelaskan kehadirannya ke mahkamah pada Khamis adalah bagi memastikan tiada pihak mendakwa dirinya sengaja melambatkan proses berkenaan.
“Hari ini pun sebenarnya tak ada keperluan untuk saya datang, tetapi saya tak mahu nanti saya pula dipersalahkan kerana dikatakan melambatkan kes ini. Sebab itu saya hadir.”
Tambahnya, prosiding kini ditangguhkan sehingga Oktober untuk proses penghujahan dan masih belum mempunyai sebarang keputusan.
“Bagaimanapun, kes ini ditangguhkan sehingga Oktober untuk proses penghujahan sahaja. Belum ada keputusan lagi. Jadi, saya serahkan kepada peguam.”
Tetap Akan Ceraikan Adira Jika Rujuk Disahkan
Ketika ditanya mengenai tindakan sekiranya mahkamah mengesahkan lafaz rujuk tersebut sah, Datuk Red menegaskan dia tetap akan menceraikan semula Adira.
“Ya, tak ada masalah. Memang saya akan (lepaskan dia). Macam saya cakap tadi, saya nak mudahkan. Islam memang mudah, cuma saya nak sahkan dulu sama ada rujuk itu sah atau tidak. Itu sahaja. Kalau pengesahan rujuk sah, saya tetap akan lepaskan dia.”
Mahkamah menetapkan 19 Oktober depan bagi kedua-dua pihak memfailkan penghujahan berhubung kes pengesahan lafaz rujuk berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Adira Suhaimi Dan Datuk Red 'Bersemuka' Di Mahkamah, Pohon Kes Segera Selesai - "Anak Bongsu Pun Dah Masuk 5 Tahun"
The post “Kalau Sah Rujuk Pun, Saya Tetap Akan Ceraikan Dia” – Datuk Red first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






