PENYANYI Adira mengakui kadang-kadang dia sukar tidur apabila memikirkan insiden membabitkan pelajar Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia bulan lalu.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 34, berkata sebagai seorang ibu dia turut terkesan dengan kesedihan dan keperitan yang ditanggung oleh ibu Allahyarhamah Zara Qairina.
“Sudah tentu saya terasa walaupun saya bukan siapa-siapa pada mereka. Tetapi sebagai seorang ibu, naluri itu memang sangat tersentuh dengan apa yang menimpa Allahyarham Zara dan juga ibunya.
“Saya sejujurnya mengikuti cerita ini daripada awal sampailah ke hari ini, apabila jenazah Allahyarham Zara terpaksa digali semula.
“Sedih memang sedih, sampai terbawa-bawa. Kadang-kadang saya tidak boleh tidur malam kerana asyik memikirkan apa yang terjadi, macam mana ibu Allahyarham dapat menanggung semua ini.
“Andai saya berada di tempat ibu Zara, saya tidak tahu sama ada saya mampu bertahan atau tidak. Walaupun saya bukan ibu Allahyarham, saya tetap terasa sekali.
“Saya sampai tidak boleh lihat media sosial kerana memikirkan apa yang menimpa Allahyarham Zara. Bagi saya, selagi isu ini belum selesai, selagi itu jiwa pun tidak tenang.
“Walaupun saya tidak dapat berbuat banyak, saya tetap mendoakan agar akhirnya keadilan dapat ditegakkan, khususnya buat keluarga Allahyarham Zara,” katanya kepada Hiburan Ekspres.
Ibu kepada empat cahaya mata itu ditemui selepas membuat persembahan pada Festival Tentang Cinta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Semasa membuat persembahan pada malam itu, penyanyi kelahiran Ranau ini turut menggunakan peluang untuk mengajak penonton agar terus bersolidariti dalam mencari keadilan buat Zara Qairina.
Malah, air matanya gugur saat menyanyikan lagu Ombak Rindu yang didedikasikannya kepada Zara Qairina ketika konsert anjuran Extreme Visionary Venture dengan sokongan Tourism Malaysia itu.
Dalam pada itu, pelantun lagu Aku Ada Kamu ini juga meminta agar warga maya berhenti menyebarkan maklumat tidak benar berkaitan kes terbabit.
Nasihatnya, biarlah platform media sosial digunakan untuk menuntut keadilan buat Zara Qairina.
“Selagi kes ini belum berakhir, ada perkara yang boleh kita kongsi dan ada juga yang tidak.
“Kita memang ada hak untuk bersuara tetapi janganlah sampai jatuh fitnah. Jangan pula ambil kesempatan daripada kejadian ini hanya kerana kes ini sedang tular.
“Kita bersolidariti bukan untuk ikut trend tetapi untuk gunakan suara kita bagi menuntut keadilan.
“Marilah kita sama-sama membantu dalam menuntut keadilan,” katanya.
Zara Qairina, 13, pelajar Tingkatan Satu, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah.
Sementara itu, Adira berkata statusnya masih lagi ‘jomblo’ (tidak memiliki pasangan) selepas setahun lebih bercerai dengan bekas suami Datuk Red.
Ditanya sama ada status itu mungkin akan berubah dalam masa terdekat, katanya:“Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada jodoh, apa boleh buat. Itu saja yang saya boleh cakap.”Sebelum ini, penyanyi yang diberikan jolokan ‘Ratu OST’ itu mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa keping gambar mengenakan busana pengantin di media sosial miliknya.
“Saya gayakan baju pengantin itu sebenarnya atas dasar kerja sahaja. Saya cuma mahu tolong mempromosikan butik bridal,” jelasnya.
Tambah Adira, dia makin selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.
“Alhamdulillah, setakat ini saya selesa dengan kehidupan sekarang. Cuma, cabarannya lebih kepada bagaimana saya boleh menjadi seorang ibu dan pada masa sama menjadi figura seorang ayah kepada anak-anak saya.
“Alhamdulillah, saya juga sangat bersyukur sebab bekas suami pun masih selalu datang tengok anak-anak.
“Dalam masa sama, sebagai artis memang tidak dapat lari daripada pertanyaan ‘nurtizen’. Tapi saya anggap itu semua lumrah sebagai seorang yang dikenali,” katanya.
Mengenai perkembangan seni terbaru, Adira berkata dia baru sahaja selesai merakamkan dua lagu baharu iaitu sebuah lagu solo dan sebuah lagu duet.
“Semuanya sebenarnya sudah siap, termasuk penggambaran video muzik untuk kedua-dua single terbabit.
“Bagi lagu duet, ia dijangka dikeluarkan pada Ogos ini manakala single solo pula mungkin akan dilancarkan pada Oktober,” katanya.