“Tuduhan Ini Palsu” – Ram Singh Jawab Sindiran Kes Remaja Zara Qairina

LocalPolitics
22 Aug 2025 • 10:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia peguam Ram Singh

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tersebar gambar dengan sindiran terhadap peguam terkenal, Datuk Ram Singh.

Peguam itu didakwa dipengaruhi pihak tertentu dalam kes melibatkan lima remaja yang dituduh dengan kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Terbaru, Harian Metro melaporkan, tuduhan itu tidak benar sama sekali. Ram Singh menegaskan, dirinya tidak pernah menerima, meminta atau dipengaruhi oleh mana-mana parti politik atau individu.

Tegas dengan integriti

image is not available
Foto: Sinar Harian

Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan itu berniat jahat dan sengaja mahu mencemarkan reputasi profesionalnya.

Peguam ini menambah bahawa beliau sentiasa berpegang kepada standard etika tertinggi dalam profesion undang-undang dan tidak pernah membenarkan sebarang pertimbangan tidak wajar menjejaskan keputusannya.

Saya ingin menyatakan secara mutlak dan tanpa sebarang keraguan bahawa tuduhan ini adalah palsu sama sekali, berniat jahat, dan dirancang untuk mencemarkan reputasi profesional saya. Saya ingin menyatakan secara mutlak dan tanpa sebarang keraguan bahawa tuduhan ini adalah palsu sama sekali, berniat jahat, dan dirancang untuk mencemarkan reputasi profesional saya.

Beliau berkata lagi, jika pembohongan masih berterusan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah undang-undang bagi melindungi nama dan kedudukan profesional.

Terdahulu, Ram Singh yang mewakili salah seorang tertuduh dalam kes Zara Qairina berkata kes diambil secara pro bono tanpa bayaran. Ini sekaligus menafikan tertuduh adalah VVIP.

Pssttt! Dalam kes sensitif seperti ini, integriti peguam sangat penting untuk memastikan keadilan ditegakkan. Fitnah dan sindiran hanya akan menambah luka kepada pihak yang terlibat.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.