Ibu Zara Qairina Mohon Dijadikan ‘Orang Berkepentingan’ Dalam Prosiding Inkues

Entertainment
22 Aug 2025 • 5:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat memohon untuk dideklarasikan sebagai `orang berkepentingan’ dalam prosiding inkues kematian anaknya itu.

Peguam yang mewakili Noraidah, Hamid Ismail berkata, permohonan tersebut telah difailkan di Mahkamah Koroner pada 19 Ogos lalu.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Hamid yang bertindak sebagai peguam pemerhati, memohon agar pasukan itu terbabit secara langsung dalam proses inkues supaya mereka dapat memeriksa saksi.

image is not available

“Dalam permohonan itu juga, kami memohon agar Noraidah, melalui kami, dibenarkan terlibat dalam prosiding inkues tersebut untuk memeriksa dan menyoal balas saksi, meneliti dokumen, mencadangkan serta membawa saksi-saksi dan dokumen tambahan bagi membantu koroner.”

“Kami juga memohon salinan dokumen relevan daripada Jabatan Peguam Negara sebelum permulaan prosiding inkues,” tulis kenyataan itu.

Hamid turut meminta Koroner menggunakan budi bicara untuk memutuskan permohonan itu hari ini, tanpa perlu menunggu permohonan rasmi.

Difahamkan, inkues itu dijadualkan berlangsung selama 17 hari bermula 3 September.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.