ADN tinjau projek naik taraf longkang susulan aduan penduduk

LocalPolitics
31 May 2026 • 1:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

ADN tinjau projek naik taraf longkang susulan aduan penduduk

SHAH ALAM, 31 MEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Banting, Papparaidu Veraman turun padang memantau pelaksanaan kerja naik taraf longkang di sekitar kawasan gerai majlis di Jenjarom susulan aduan diterima daripada penduduk dan peniaga.

Lawatan itu bagi memastikan projek yang sedang dijalankan berjalan lancar serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat, khususnya peniaga dan pengunjung yang menggunakan kawasan berkenaan setiap hari.

Papparaidu berkata aspek keselesaan dan keselamatan orang awam sentiasa menjadi keutamaan terutama di lokasi yang menjadi tumpuan masyarakat.

Menurutnya, kawasan gerai tersebut merupakan antara lokasi utama yang sering dikunjungi penduduk dan peniaga untuk menjalankan aktiviti harian.

“Kawasan gerai ini merupakan tumpuan utama penduduk dan peniaga.

"Saya berharap aspek keselamatan di tapak kerja perlu diberi perhatian serius bagi mengelakkan risiko kepada peniaga dan pengunjung,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, pihak pelaksana projek perlu memastikan semua prosedur keselamatan dipatuhi sepanjang tempoh kerja naik taraf dijalankan.

Dalam masa sama, beliau berharap projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan tanpa menjejaskan aktiviti harian peniaga dan penduduk di kawasan tersebut.

Beliau turut berharap Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) akan terus menjalankan pemantauan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved