
Dell XPS Googlebook ialah sebuah lagi Googlebook yang dilancarkan dengan cip Snapdragon X Elite semalam. Seperti kesemua Googlebook, ia memberikan tumpuan kepada ketahanan bateri yang panjang, sistem operasi Googlebook OS, integrasi Gemini Intelligence dan boleh digunakan bersama sebuah peranti Android.

Ia hadir dengan skrin 13.4″ IPS LCD resolusi 2.5K, 120Hz dan juga sokongan sentuhan. Ini dipadankan dengan memori 16GB RAM LPDDR5x, storan 512GB dan bateri yang menyokong pengecasan pantas 65W. Bateri boleh memberikan hayat penggunaan sehingga 16 jam dengan sekali caj.
Terdapat kamera web 2MP serta pengimbas cap jari pada butang kuasa. Selain itu papan kekunci hadir dengan sokongan lampu sementara pad sesentuh pula dengan sistem haptik. Selain itu pilihan I/O adalah dua port USB Type-C dengan sokongan output DP 1.4. Sambungan kepada Wi-Fi 7 boleh dilakukan bersama dengan Bluetooth 5.4.

Sistem audio terdiri daripada empat pembesar suara. Kesemua ini dimasukkan ke dalam komputer riba seberat 1 kg dan setebal 12.7mm sahaja. Dell XPS Googlebook dijual pada harga $999 (~RM4073) bermula Oktober dalam warna Shimmer





