Adobe Premiere Pro Kini Menyokong Suntingan Berasaskan Teks

TechnologyDigital
14 Apr 2023 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Menyunting video ialah tugasan yang mencabar. Rakaman yang terbaik perlu dipotong dan memerlukan setiap minit ditonton oleh editor. Semakin panjang video semakin sukar mencari video yang ingin disunting. Adobe mengumumkan beberapa ciri menarik pada Premiere Pro yang akan memudahkan lagi prose sunting. Menggunakan teknologi Adobe Sensei, sunting dalam Premiere Pro kini boleh dilakukan dengan sekadar memasukkan teks dalam perisian.

image is not available

Premiere Pro secara automatik menghasilkan transkrip berdasarkan audio dalam video yang ingin digunakan. Teks ini kemudian boleh diakses oleh pengguna untuk mencari dialog yang diperlukan untung suntingan. Kemudiannya teks ini boleh dieksport sebagai fail transkrip atau sari kata untuk video di YouTube misalnya.

Selain itu ciri pemetaan tona warna juga diperkenalkan. Tona warna HDR dan SDR boleh disamakan dalam projek video yang sama. Format HDR popular seperti iPhone HLG dan Sony S-Log disokong. Bagi mereka yang kerap kehilangan kerja sekiranya perisian terganggu, Premiere Pro kini mempunyai ciri menyimpan kerja di latar belakang sebarang sandaran tanpa mengganggu kerja yang sedang dilakukan. Ciri tona warna automatik boleh digunakan sekarang sementara ciri lain yang kami sebutkan di atas hanya akan diberikan pada bulan Mei.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved